Bursa Kripto Ini Senaraikan Semula XRP! Apa Reaksi Harganya?

300

“Hmmm tapi kan korang rasa tak hype XRP macam dah nak pudar?”

Selepas tiga tahun, bursa mata wang kripto Gemini yang menyokong XRP Ledger (XRPL) akhirnya bertindak menyenaraikan semula Ripple (XRP) dan beberapa pasangan dagangan seperti USD, GBP dan EUR.

Bagaimanapun, harga XRP malangnya tidak memberi sebarang reaksi susulan keterujaan penyenaraian semula berkurangan pada Julai 2023 apabila Coinbase dan Kraken yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyertakan XRP dalam platformnya.

Selain mengumumkan aplikasi mudah alih dan tapak web Gemini telah menyokong dagangan XRP untuk pasangan USD, GBP, EUR, CAD, HKD dan AUD, token itu juga bukan sahaja disediakan untuk deposit malah boleh disimpan dalam wallet Gemini tetapi belum tersedia dalam Gemini Custody.

Susulan memberi sokongan kepada XRPL, Gemini kini menjadi platform yang mempunyai 14 rangkaian blockchain, antaranya adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Solana (SOL), Dogecoin (DOGE) dan Litecoin (LTC).

XRP yang memiliki rangkaian produk dalam perniagaan penyelesaian kripto dapat mengurangkan kos dan masa diambil untuk transaksi rentas sempadan termasuk pengiriman wang sementara token sebagai mata wang bridge.

Umum mengetahui XRP telah digunakan untuk menyelesaikan transaksi dalam pelbagai mata wang fiat untuk institusi kewangan.

Suka dimaklumkan bahawa penyenaraian semula XRP oleh bursa kripto berpangkalan di AS mampu memberi peluang semula kepada aset digital tersebut mengembangkan lagi perkhidmatannya secara global.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 0.82% pada paras $0.63 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $33 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 4.45% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat