Ini Sebab Lonjakan USD Semalam & Sebab Kejatuhan Sejak Pagi Tadi

675

Matawang Yen kekal kukuh pada Selasa apabila kebimbangan pasaran terhadap PERANG PERDAGANGAN tercetus semula yang bermula pada pukul 10 malam pada Isnin.

Anda pasti melihat satu pergerakan yang agak besar pada pukul 10 malam hari Isnin di mana matawang US dollar membuat kenaikan. Dalam masa yang sama matawang Yen juga melonjak disebabkan risiko tersebut.

USD/CAD menguat tetapi dalam masa yang sama USD/JPY melemah. Kenapa jadi macam tu? Disebabkan ia adalah risiko kepada pasaran global Yen menguat berbanding majoriti matawang utama dunia termasuk US dollar itu sendiri. Tidak ada yang perlu dibingungkan dengan perkara ini kerana ia sememangnya biasa berlaku.

Jadi, apakah news yang dikeluarkan semalam?

Ada beberapa berita iaitu komen Trump terhadap Amazon yang menambah kebimbangan pasaran terhadap campur tangan kerajaan dalam pasaran bebas.

Satu lagi adalah berita tentang kenyataan Trump yang mahu perjanjian NAFTA dicapai dalam tempoh 2 minggu. Selepas daripada proses rundingan yang panjang sejak tahun lalu, kini Trump mahu perjanjian dimuktamadkan dalam masa terdekat. Adakah Kanada dan Mexico sudah bersedia menerima perjanjian itu? Namun, bagi CAD ia dilihat sebagai satu berita yang positif di mana USD/CAD membuat penurunan semula selepas lonjakan pada pukul 10 malam tadi.

Hujung minggu lalu juga China telah mengumumkan senarai produk A.S. yang dikenakan cukai import (tariff). Sudah tentu tindakan terbaru China menghangatkan lagi PERANG PERDAGANGAN oleh kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu.

Jadi kenapa pula US dollar melemah semula pada Selasa?

Pada mulanya, tariff yang dikenakan oleh A.S. dilihat sebagai satu perkara yang positif kepada Amerika. Amerika dilihat akan mendapat lebih banyak pendapatan cukai import (tariff) tetapi dalam jangka panjang ia satu perkara yang negatif kepada ekonomi global secara keseluruhan.

Kesan awal kita dapat lihat kepada pasaran saham Wallstreet pada Isnin di mana ketiga-tiga indeks saham utama merekodkan penurunan sehingga 2%. Ia sekaligus telah menyebabkan kejatuhan indeks saham di Asia pada Selasa.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat