Isu Terkini Dunia Kripto Sepanjang Minggu Yang Berakhir 6 Januari 2018

1,752

1. Sejak hujung minggu yang lalu, banyak platform pertukaran kripto yang mengalami masalah menyebabkan banyak pelabur-pelabur merungut mengenai hal ini.

Kebanyakkan platform berhadapan dengan masalah server website menyebabkan mereka terpaksa menutup pasaran dan memperbaiki server. Terdapat juga platform pertukaran yang terpaksa menutup beberapa pasaran pertukaran litecoin, dogecoin sebagai medium pertukaran. Ada juga platform pertukaran yang menutup pendaftaran baru seperti binance dan lain-lain buat sementara waktu. Kebanyakkan pertukaran mengalami masalah withdrawa dan deposit yang lama, menyebabkan pelabur-pelabur tidak dapat menjalankan jual beli.

Terdapat beberapa faktor hal ini berlaku. Pertama, terlalu ramai pelabur baru yang cuba memasuki pasaran kripto.

Di platform Binance, jumlah pelaburan telah melebihi $8.5 billion dalam masa 24 jam bagi 10 dagangan utama.

Kedua, perilaku spekulatif yang tinggi dalam kalangan pelabur. Jumlah dagangan dilabur sangat besar bagi sekali pelaburan.

 

2. Banyak matawang kripto yang mengalami pembetulan harga. Tron atau TRX salah satu matawang kripto yang mengalami pembetulan. Pada minggu lepas harga Tron hampir mencapai paras tertinggi $0.3 bagi satu unit dan kini berada pada harga $0.17.

 

3. Pada akhir tahun 2017, harga bitcoin mengalami pembetulan menyebabkan harga Bitcoin jatuh hampir keparas $12,000. Terkni harga bitcoin telah naik keparas $16,099. Trend minggu lepas menunjukkan trend yang bullish bagi bitcoin.

4. Terdapat beberapa matawang kripto yang mati dan hidup semula. Dengan kata lain terdapat matawang kripto yang telah lama dicipta mula mendapat tempat dalam pasaran. Tidak dinafikan terdapat juga matawang-matawang kripto yang baru mula diperkenalkan.

5. Fenomena matawang kripto palsu. Terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas fenomena ini bagi meraih keuntungan.

Justeru, sebaik-baiknya pelabur-pelabur baru harus berhati-hati sebelum melabur. Melakukan kajian sendiri dengan terperinci (DYOR) kerana dikhuatiri matawang kripto itu scam. Tambahan pula, harus diperiksa latar belakang projek seseuatu matawang kerana terdapat projek-projek yang mendukung perjudian, pornografi dan sebagainya disamping tidak memiliki pasukan yang kukuh. Dalam masa yang sama, terdapat banyak matawang kripto yang mendukung projek-projek yang bagus bagi menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi dunia, disertai dengan pasukan yang kukuh.Melabur dengan berhati-hati dan selamat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat