Justin Sun Keluarkan Berjuta-Juta USDT Dari Aave Pool!

1,721

Pengasas Tron, Justin Sun yang kini menjadi penasihat exchanger kripto Huobi telah memindahkan sejumlah besar token USDT dalam wallet walaupun pasaran kripto berada dalam keadaan tidak stabil.

Beliau dilaporkan telah mengeluarkan lebih $100 juta USDT daripada Aave Protocol V2 dalam dua pusingan transaksi bernilai $50 juta setiap satu.

Malah, beliau turut memindahkan $100k TUSD ke address sama yang dibiayai oleh poloniex manakala $50 juta USDT ke wallet yang tidak diketahui sejurus selepas transaksi USDT daripada Aave.

Difahamkan selepas tindakan pengeluaran Sun itu, USDT dalam Aave Protocol V2 TVL telah menyusut secara drastik kepada $200 juta yang kini berjumlah $4.07 bilion.

Secara konteks, harga Aave berlegar-legar pada paras harga $78.05 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah dagangan mendaki 40% pada $102 juta.

Sementara itu, harga Huobi Token (HT) dikatakan meningkat melebihi 90% selepas Sun mengambil alih sebagai penasihat exchanger kripto Huobi serta membuat pegangan berjuta-juta token HT.

Menurut laporan, 74 juta token HT yang dipindahkan daripada dua wallet rasmi Huobi pada 13 Oktober adalah sebahagian daripada perjanjian Huobi dan Sun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat