Jutawan Mexico Dedah Portfolio Pelaburan, Apa Kripto Dibelinya?

1,421

“Sekarang macam dah banyak kan jutawan beli kripto, cuma tak tunjukkan diri je.”

Semasa temu bual podcast eksklusif bersama Natalie Brunell, jutawan Mexico terkenal dan pengasas Grupo Salinas, Ricardo Salinas Pliego bukan sahaja mendedahkan portfolio pelaburannya malah berkongsi pandangan menarik tentang journey beliau dengan Bitcoin (BTC).

Setelah melihat portfolionya, Pliego dilaporkan melabur dalam pelbagai sektor, antaranya adalah BTC, MicroStrategy, beberapa syarikat mining, perusahaan minyak, pelaburan dalam mining emas dan lain-lain.

Penglibatan awal Pliego dalam pelaburan BTC adalah sangat menarik susulan beliau sudah mula berminat dengan aset digital tersebut ketika harganya hanya berada pada $200 dan kini ia sudah cecah lebih $26,000.

Selepas 15 hari daripada pelaburan dilakukannnya, BTC melonjak dua kali ganda tetapi Pliego membuat keputusan untuk menjual pegangannya apabila harganya mencapai $800 dan ia kemudian terbukti sebagai satu langkah yang bijak.

Namun perlu diketahui bahawa journey Pliego bersama BTC tidak berakhir selepas beliau menjualnya susulan ia telah memasuki semula pasaran dan dengan sabar memegang aset digital tersebut sehingga sekarang.

Jadi di sini dapat dilihat Pliego telah memegang BTC hingga harganya mencapai kemuncaknya pada tahun 2017, di mana beliau menjual pegangannya dalam aset digital tersebut semasa ia berada pada $17,000.

Suka dimaklumkan perdagangan itu adalah salah satu transaksi paling menguntungkan dan Pliego telah menunjukkan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat