Kebimbangan Pasaran Berterusan, Tindak Balas Trump Pula Dinantikan

1,855

Sentimen pasaran kembali berisiko apabila digemparkan dengan serangan peluru berpandu Iran ke pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera AS, sebagai balasan ke atas pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani minggu lalu.

Dagangan safe-haven seperti matawang yen, swiss franc dan emas yang pada awalnya melonjak selepas tercetusnya serangan, kembali susut ekoran kenyataan Iran bahawa serangan akan dihentikan sekiranya Amerika Syarikat tidak membalasnya.

Dolar euro diniagakan merosot, dibataskan oleh pengukuhan US dolar berikutan kebimbangan terhadap ketegangan AS dan Iran semakin berkurang meskipun pasaran masih lagi berisiko.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kelihatan tenang memberi tindak balas mengenai serangan tersebut di laman twitternya dengan mengatakan semuanya baik dan beliau akan membuat kenyataan rasmi pada pagi esok, waktu Amerika.

Kenyataan yang kurang agresif ini dilihat membantu meredakan kebimbangan terhadap tercetusnya perang, ditambah dengan komen Menteri Luar Iran Javad Zarif yang mengatakan serangan itu adalah sebagai mempertahankan diri dan Iran tidak ingin mendorong kepada peperangan.

Serangan tersebut juga dikatakan sudah dijangka oleh pihak AS memandangkan sehingga kini tiada kematian yang melibatkan tenteranya dilaporkan berlaku.

Matawang pound sterling pula meningkat pada awal dagangan sesi Eropah menjelang pertemuan pertama antara pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan UK.

Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen dan ketua perunding Brexit, Michel Bernier berlepas ke London untuk membincangkan mengenai hubungan masa depan UK-EU bersama PM UK Boris Johnson.

Sementara itu, pasaran kini menantikan penerbitan laporan ADP NFP Amerika Syarikat pada malam ini yang dijangka akan kembali meningkat pada Disember selepas mencatat penurunan pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat