Kekal Bearish, GBP/USD Jejak Paras Terendah 5 Minggu!

266

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan corak penurunan hingga ke penghujung minggu ini dengan US dolar kekal dilihat mendominasi ke atas Pound.

Susulan terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku keempat 2021 menunjukkan bacaan awal yang kukuh telah melonjakkan lagi nilai US dolar yang sebelumnya telah didorong oleh mesyuarat FOMC yang bernada hawkish.

Mengakhiri minggu ini dengan suram, situasi mata wang Pound mungkin boleh berubah pada minggu hadapan pula ekoran tumpuan akan beralih kepada mesyuarat bank pusat England.

Meneliti penurunan harga yang ditampilkan pada carta GBP/USD, harga telah berjaya melepasi paras jangkaan pada 1.34000, malah turun lebih rendah mencecah sekitar zon 1.33600 pada sesi New York semalam.

Penurunan harian sekitar 100 pips semalam telah mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Berkemungkinan pelabur akan terus menjangkakan penurunan akan bersambung lagi pada hari ini, namun pada sesi Asia, kenaikan harga dilihat menguji dahulu paras 1.34000.

Pergerakan harga kekal dalam trend bullish apabila dilihat bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat arah harga.

Penurunan selanjutnya dilihat akan mensasarkan ke paras sokongan terbaru sekitar 1.33000 atau mungkin lebih rendah.

Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula harga pada penutup dagangan minggu ini, paras tumpuan harga dilihat berada pada zon 1.35000 dan juga zon SBR (support become resistance) 1.35700.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat