Bursa Terus Berada Di ‘Wilayah Hijau’ Pada Minggu Akhir Januari 2022

177

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 3.77 mata pada 1,519.76 daripada penutupan Khamis pada 1,515.99.

Indeks dibuka 2.26 mata pada 1,518.25.

Ia dibuka pada wilayah positif ekoran minat belian pada beberapa saham wajaran tinggi terpilih yang di dahului oleh IHH Healthcare semasa kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19 dalam negara.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 142 berbanding 105, manakala 205 kaunter pula tidak berubah, 1,816 tidak didagangkan dan 73 digantung.

Jumlah perolehan pada 788.48 juta unit bernilai RM40.11 juta.

Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata ketiga-tiga indeks saham Wall Street berakhir lemah dimana keuntungan awal dipadamkan menjelang sesi penutupan dan pelabur mengambil peluang untuk mengunci keuntungan pada aliran menaik.

Tambahnya lagi, sentimen pasaran kekal dalam kegelisahan dan mereka menjangkakan ketidaktentuan akan kekal semasa kenaikan kadar oleh Federal Reserve selain turut menyatakan indeks di bursa tempatan akan berada pada julat 1,505-1,520 kerana kekurangan pemangkin kukuh.

Dalam pada itu, kes jangkitan Covid-19 terus meningkat bagi 3 hari berturut-turut dengan lebih 5,000 kes sekaligus mendorong sokongan belian bagi saham penjagaan kesihatan dengan IHH Healthcare naik 1.72% atau 11 sen pada RM6.49.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.30, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.22, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) naik 6 sen pada RM8.96 dan CIMB Group Holdings Bhd lonjak 2 sen pada RM5.27.

Saham aktif memperlihatkan FBM ACE melayu 6.97 mata pada 5,991.40, FBM 70 macu 52.25 mata pada 13,400.48, FBM Emas tambah 29.60 mata pada 10,901.71, FBMT 100 kukuh 29.70 mata pada 10,612.70 dan FBM Emas Shariah capai 32.13 mata pada 11,578.79.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 38.14 mata pada 15,802.26, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.70 mata pada 200.25 dan indeks Perladangan melayu 7.99 mata pada 6,624.19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat