Bursa Malaysia Kembali Merah, Pasaran Tempatan Jejaki Prestasi Wall Streets

259

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tadi dengan lebih rendah pada hari Rabu apabila para pelabur menjual semua saham dalam sektor perkhidmatan industri dan produk pengguna.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 7.04 mata (0.48%) kepada 1,540.59 daripada ia ditutup 1,547.99 semalam.

Indeks penanda aras dibuka 0.7 mata lebih rendah pada 1,547.29 dan ia bergerak antara 1,539.21 hingga 1,548.42 sepanjang sesi pagi tadi.

Pada sentimen yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 523 berbalas 400. Manakala, 460 kaunter tidak berubah, 911 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.59 billion unit yang bernilai RM1.22 billion.

Bursa tempatan menjejaki prestasi Wall Streets selepas tiga indeks saham utama AS jatuh kira-kira 1% pada sesi dagangan Selasa.

Berdasarkan laporan Maybank Investment Bank secara teknikal, mereka menjangkakan indeks KLCI bergerak antara 1,530 hingga 1,550 pada hari ini dan paras sokongan diletakkan pada 1,525 dan 1,508.

Sementara itu, Petronas Dagangan Bhd turun 38 sen kepada RM21.90 dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank Bhd turun 24 sen kepada RM19.32 dan Tenaga Nasional Bhd susut 14 sen kepada RM11.30. CIMB Group Holdings Bhd susut lapan sen kepada RM6.58 dan Hong Leong Financial Group Bhd turun 18 sen kepada RM16.72.

Antara saham aktif, Zen Tech International Bhd menokok setengah sen kepada dua sen, SNS Network Technology Bhd naik tujuh sen kepada 40 sen, SC Estate Builder Bhd turun setengah sen kepada satu sen dan SMTrack Bhd tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 37 mata kepada 11,603.46, Indeks FBMT 100 susut 38.22 mata kepada 11,242.7 dan Indeks FBM ACE turun 10.45 mata kepada 4,937.35.

Indeks FBM Emas Shariah turun 17.07 mata kepada 11,716.88 manakala Indeks FBM 70 meningkat 9.42 mata kepada 16,238.06.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 139.03 mata kepada 17,221.4 dan Indeks Perladangan lebih rendah 8.19 mata kepada 7,302.46. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.1 mata kepada 179.94 dan Indeks Tenaga menambah 5.28 mata kepada 962.2.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat