Analisis GOLD – Emas Terus Buru Puncak Harga Paling Tinggi!

1,715

Peningkatan harga emas tidak terhenti setakat minggu lepas apabila pelabur terus menyaksikan harga logam kuning itu melonjak lagi sehingga ke hari ini.

Rekod tertinggi terbaru harga emas sepanjang masa terus dipecahkan dan setakat ini, paras paling tinggi dicapai adalah sekitar $2,288 pada pagi ini.

Situasi penyusutan semula US dolar yang gagal mengekalkan momentum positif di awal minggu menambahkan kelebihan buat dagangan emas.

Jika situasi ini berterusan, tiada halangan untuk emas kekal melonjak dan mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, corak trend bullish kekal berterusan sehingga ke awal April ini.

Sejak peningkatan harga minggu lalu, harga telah mencapai paras 2288.00 pagi ini sebelum perlahan pada zon tertinggi dalam sejarah itu.

Penurunan harga kemudiannya dipaparkan untuk dagangan awal sesi Eropah petang ini.

Faktor-faktor ketika ini termasuk situasi US dolar dan konflik di Timur Tengah dilihat akan terus memberi kelebihan kepada dagangan emas.

Justeru, penganalisis masih melihat kecenderungan harga tertinggi terbaru bakal dicatatkan lagi selepas ini.

Paras tumpuan untuk ketinggian terbaru yang berkemungkinan bakal dicapai harga adalah paras 2300.00.

Dengan reaksi pada data-data penting yang bakal diterbitkan selepas ini, pergerakan drastik emas boleh dijangkakan berlaku.

Namun waspada jika pergerakan itu menunjukkan perubahan arah ke bawah semula.

Harga emas berisiko untuk jatuh selepas mencapai puncak tertinggi dengan petunjuk-petunjuk terbaru diperhatikan.

Penurunan harga yang berterusan dijangkakan akan menghampiri zon 2220.00 dan menguji sekitar tersebut sebelum pelabur menilai pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat