Analisis GOLD – Trend Harga Emas Masih Positif?

917

Emas kekal stabil didagangkan meningkat pada pembukaan awal minggu semalam selepas harga susut sedikit di penutupan sesi terakhir minggu lalu yang mencapai rekod tertinggi terbaru pada $2,430.

Pelabur mula berwaspada selepas kejatuhan harga yang agak drastik itu selain memerhatikan perkembangan semasa perang antara Iran dan Israel yang boleh mempengaruhi tarikan terhadap emas sebagai aset selamat.

Jangkaan untuk Israel bertindak balas terhadap serangan Iran yang telah dilancarkan pada hujung minggu lalu dilihat akan memberi kelebihan kepada emas.

Harga emas berjaya mengekalkan peningkatan walaupun US dolar pada ketika ini mengukuh disokong oleh data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang memberangsangkan.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mendatar di sesi Asia semalam sebelum susut ke paras 2324.00 di sesi Eropah.

Namun lonjakan harga berlaku sebelum harga mencapai paras 2390.00 di pembukaan sesi Asia pagi ini.

Walau bagaimanapun, corak kenaikan tidak diteruskan di sesi Asia sebelum harga berundur sedikit pada pembukaan sesi Eropah petang ini.

Pergerakan harga emas dilihat masih dalam trend bullish sementara perkembangan konflik geopolitik masih diperhatikan yang berisiko mengubah arah harga.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan semula, ketinggian 2430.00 yang dicapai pada Jumaat lalu bakal dicabar sebagai paras tertinggi sepanjang masa.

Namun jika harga jatuh lebih rendah selepas ini, zon tumpuan yang dilihat bakal dituju harga adalah pada 2300.00.

Permintaan terhadap emas sebagai aset safe-haven akan kekal positif sekiranya ketegangan perang semakin hangat.

Namun tidak mustahil pelabur bertindak melepaskan pegangan aset berharga itu selepas harga mencapai rekod tertinggi yang baru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat