Bank Persekutuan Terbesar Jerman & Platform Kripto Ini Bekerjasama, Apa Rancangannya?

278

“Terbaiklah, bank lain yang tak masuk lagi dalam dunia kripto boleh contohi sikap positifnya.”

Landesbank Baden-Württemberg (LBBW), firma pemberi pinjaman disokong kerajaan terbesar Jerman bersedia menawarkan perkhidmatan penjagaan mata wang kripto melalui pemeteraian perkongsian strategik bersama platform bursa Austria dipanggil Bitpanda.

Oleh demikian, LBBW akan disediakan infrastruktur “investment-as-a-Service” bagi menyimpan dan mendapatkan kripto termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang merupakan aset digital paling diminati ramai.

Selain memberi manfaat jelas kepada pelanggan korporatnya, Stefanie Münz iaitu ahli lembaga pengarah LBBW yang bertanggungjawab bagi kewangan, strategi dan operasi turut berkata pasukannya akan memastikan standard keselamatan tertinggi dalam menawarkan penjagaan aset digital.

Tambahnya lagi, Bitpanda pula menyediakan infrastruktur teknikal dan kawal selia diperlukan untuk menawarkan pelanggannya penyelesaian inovatif terutamanya penyelesaian selamat dalam bidang aset digital.

Susulan permintaan daripada pelanggan korporat untuk aset digital semakin meningkat, LBBW sungguh yakin kripto akan mewujudkan dirinya sebagai blok binaan bagi model perniagaan selanjutnya.

Hal ini kerana Jürgen Harengel yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Bank Korporat di LBBW percaya kerjasamanya bersama Bitpanda akan mewujudkan asas teknikal dan kawal selia pada peringkat awal untuk sokongan terbaik strategi.

Suka dimaklumkan bahawa LBBW yang berganding bahu bersama Bitpanda akan menawarkan perkhidmatan penjagaan kripto kepada pelanggan korporat kemudian perancangan bagi pelancaran pasaran dijangka berlaku pada separuh kedua 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat