Emas Tergelincir Sederhana, Nada Hawkish Fed Dorong Pengunduran Dalam Pasaran

392

Emas alami pengunduran selepas hampir mencapai paras tertinggi mingguan semasa sesi Amerika Utara pada hari Rabu di tengah-tengah peningkatan dalam pasaran yang berisiko.

Dorongan kenaikan harga di saat ucapan hawkish oleh pegawai Federal Reserve (Fed) telah mendorong hasil Perbendaharaan AS jatuh dan menjejaskan pengukuhan mata wang dolar AS serta mengehadkan kejatuhan emas.

Sementara itu, harga emas kini didagangkan $2,364.51 iaitu naik sebanyak 0.16% sejak pembukaan dagangan sesi Asia awal pagi tadi.

Ketegangan di Timur Tengah mulai reda selepas pegawai Israel mengulas bahawa mereka mempertimbangkan untuk menyerang Iran pada hari Isnin tetapi masih menunggu keputusan rasmi.

Selain itu, Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan berkata AS akan mengenakan sekatan baharu ke atas Iran dalam beberapa hari akan datang.

Dari sudut ekonomi pula, Pengerusi Fed Jerome Powell berkata ekonomi AS menunjukkan prestasi yang agak kukuh sambil mengakui bahawa data terkini masih memaparkan kekurangan kredit selanjutnya dalam penurunan kadar inflasi.

Data Jualan Runcit untuk Februari yang positif melebihi jangkaan dan angka Pengeluaran Perindustrian yang stabil telah meningkatkan keyakinan para pelabur untuk terus bertahan dalam aset selamat USD.

Petunjuk itu juga membantu mengurangkan kebimbangan mengenai data Perumahan yang lebih lemah daripada jangkaan pada hari Rabu.

Teknikal pula, carta harian menggambarkan logam kuning masih bertahan pada posisi tinggi walaupun ia merendah sedikit di bawah $2,370 untuk sesi terbaru.

XAU/USD dianggarkan bakal melakukan pembetulan harga sekitar $2,350 diikuti pada paras terendah pada kawasan $2,324 dan $2,300.

Sebaliknya, pembeli mampu mengheret harganya ke arah $2,400 dan ke paras tertinggi sepanjang masa lagi sekali iaitu $2,431 sambil melihat pada dorongan-dorongan penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat