Emas Pasak Kedudukan Atas $2,350, Konflik Iran-Israel Menggolakkan Pasaran!

532

Emas kekal berada pada posisi tertinggi sejak minggu lepas dan meneruskan kemegahannya pada awal minggu ini. Ia terus didorong oleh peningkatan konflik Iran dan Israel di hujung minggu lalu.

Buat masa ini, para pelabur mula mengalihkan simpanan mereka ke aset selamat tradisional sambil memperhatikan info terkini berkenaan serangan dron Iran ke atas Israel.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras sekitar $2,353 iaitu naik sebanyak 0.37% sejak pembukaan dagangan sesi Asia pagi tadi.

Pasaran logam kuning itu kekal disokong oleh kebimbangan pasaran terhadap serangan Iran yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel yang mampu meningkatkan konflik di Timur Tengah.

Walau bagaimanapun, beberapa negara gergasi seperti UK, Perancis dan Mesir mengecam tindakan Iran manakala Arab Saudi menggesa agar meredakan situasi perang yang semakin panas sejak beberapa bulan ini.

Kekangan itu dapat mengurangkan pergolakan dalam pasaran kerana sentimen risiko di Asia kekal tidak stabil dan membimbangkan para pelabur.

Melihat ke arah pasaran yang lebih meluas, konflik Timur Tengah yang semakin meruncing bakal mengheret harga emas ke posisi $2,400 semula dalam masa terdekat ini setelah pada Jumaat lalu paras harga tersebut berjaya ditembusi.

Namun, permintaan yang tinggi terhadap mata wang dolar AS yang berlaku disebabkan peningkatan aliran selamat dan spekulasi terhadap dasar Federal Reserve (Fed) mampu bertindak sebagai penghalang kepada kenaikan harga emas.

Pada hari ini, pasaran akan disajikan dengan data berimpak tinggi iaitu jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam. Angka dijangka akan meningkat pada kadar bulanan sebanyak 0.3% untuk Mac iaitu lebih perlahan daripada kenaikan 0.6% pada Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat