Perang Iran-Israel Makin Hangat, BTC Berdarah Ke $60K!

517

“Memang la kejatuhannya agak laju, tapi harganya pantas juga pulih balik.”

Seluruh pasaran mata wang kripto melihat ‘pendarahan’ ketara semalam apabila Bitcoin (BTC) merudum sehingga $60,000 setelah Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangannya di Syria.

Beberapa jam sebelum dan selepas serangan, para pedagang berisiko yang bersikap berhati-hati telah mengalihkan modal daripada pasaran berisiko seperti kripto kemudian mencari aset lebih selamat seperti dolar Amerika Syarikat (AS).

Oleh demikian, dolar AS yang mengukur kekuatan dolar AS berbanding sekumpulan mata wang asing utama telah meningkat sebanyak 0.79% sejak 12 April 2024.

Namun, pasaran kripto kini kian memulih apabila Iran didapati sudah menamatkan operasi ketenteraannya terhadap Israelditambah pula ramai penganalisis jangka penurunan harga itu adalah normal dan penerusan aliran menaik mungkin berlaku tidak lama lagi.

Menerusi pemerhatian, pasaran kripto telah mengalami liquidations bernilai $2.5 bilion sejak 12 April 2024 kemudian $964 juta dalam masa 24 jam lalu dan perlu diketahui long liquidations mengatasi short liquidations secara ketara.

Long liquidations menunjukkan pasaran kripto telah digunakan secara berlebihan pada bahagian kenaikan harga terutamanya disebabkan euphoria yang makin meningkat di sekitar aliran masuk BTC ETF dan acara halving.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.50% pada paras $65,620 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 5.79% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat