Ini Ringkasan Pasaran Trader Perlu Tahu Selepas Cuti Sambutan Aidilfitri!

545

Pasaran mata wang pada minggu lalu memaparkan trend pergerakan yang jelas memihak kepada US dolar dengan prestasi positif sehingga ke penghujung minggu.

Faktor utama menyokong pengukuhan ketara US dolar adalah laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru menunjukkan angka yang meningkat lebih tinggi mengatasi ramalan.

Situasi ini mencetus spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan tempoh peralihan dasar monetari longgar yang menjadi persoalan utama dalam pasaran sejak tahun lalu lagi.

Bacaan inflasi terbaru tersebut dilihat mengiringi laporan pekerjaan NFP pada minggu pertama April yang turut memaparkan bacaan positif sektor buruh bagi bulan Mac.

Penganalisis pasaran mula mengurangkan unjuran terhadap langkah pemotongan kadar faedah Fed untuk separuh tahun kedua 2024 dengan jangkaan langkah tersebut akan bermula pada Julai.

Presiden Fed Boston, Susan Collins pada Jumaat lalu menyatakan pandangan bahawa beliau melihat 2 kali pemotongan kadar untuk berlaku pada tahun 2024 dan sukar menjangkakan waktu tindakan tersebut akan mula dilakukan.

Selain itu, faktor ketegangan geopolitik menjadi faktor tambahan yang dilihat bakal menyokong pengukuhan US dolar sebagai status mata wang safe-haven.

Pada hujung minggu, ketegangan semakin meningkat apabila Iran bertindak melancarkan serangan udara ke atas Israel.

Situasi perang ini dijangka akan berlarutan dengan kini pasaran menantikan tindak balas daripada Israel selepas serangan Iran tersebut.

Sentimen risk-off pasaran ini juga dilihat akan mempengaruhi dagangan emas sebagai aset selamat di mana harga emas pada minggu lalu terus mencatatkan rekod tertinggi terbaru mencapai ketinggian $2,430.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat