Data Ekonomi AS Gagal Tumpaskan Kekebalan Emas, Konflik Perang Kekal Mendominasi

732

Emas meningkat lebih 1% pada pertengahan sesi Amerika Utara di saat data ekonomi kukuh dari Amerika Syarikat.

Perbelanjaan pengguna lebih kukuh daripada jangkaan dan ia mampu menghalang Federal Reserve (Fed) daripada mengurangkan kos pinjaman. Hal ini dapat menghalang logam kuning itu untuk mendaki lebih jauh.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,382.21 iaitu turun sebanyak 0.02% sejak pembukaan dagangan sesi Asia pada awal pagi tadi.

XAU/USD didagangkan pada $2,384 selepas mencapai paras terendah harian iaitu $2,324. Para pelabur tetap bimbang tentang kemungkinan tindakan serangan balas oleh Israel selepas mereka dihujani peluru berpandu dan dron oleh Iran.

Walaupun White House telah memberi amaran kepada Israel untuk tidak bertindak balas, mereka kekal dengan pendiriannya bahawa akan lakukan serangan dendam itu.

Tindakan itu mungkin akan terus menyokong aset selamat termasuk emas dan dolar AS. Ada kemungkinan untuk dua-dua mengukuh seiring.

Dari sudut pandang ekonomi, data Jualan Runcit AS pada bulan Mac kekal teguh. Tajuk utama dalam jualan kumpulan kawalan yang memberi rekod dalam GDP Amerika Syarikat meningkat mendadak dan boleh menjadi permulaan kepada pertumbuhan kukuh pada suku pertama 2024.

Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2024 memaparkan ekonomi AS dijangka berkembang 2.8% iaitu meningkat daripada anggaran 2.4% pada 10 April lepas.

Dari sudut teknikal pula, emas kekal memihak untuk terus lakukan pergerakan bullish berdasarkan pandangan Indeks Kekuatan Relatif (RSI).

RSI menunjukkan aktiviti terlebih beli daripada kebiasaannya. Peserta pasaran perlu sedar bahawa tahap 80 biasanya dilihat sebagai kawasan terlebih beli yang terlalu tinggi.

Pasaran kini menyasarkan XAU/USD untuk melebihi $2,400 dalam tempoh terdekat dan meletakkan tapak sokongan atas pada $2,431 diikuti dengan $2,450.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat