Emas Atur Langkah Tawan Posisi $2,400 Di Saat Fed Hawkish?

477

Emas sempat meningkat sebanyak 0.22% berikutan kecenderungan hawkish oleh Presiden Federal Reserve (Fed), Jerome Powell semalam yang menyatakan kadar faedah tinggi perlu dikekalkan untuk tempoh lebih lama.

Data ekonomi Amerika Syarikat dilihat agak bercampur-campur walaupun laporan jualan runcit untuk Mac dan kenyataan Powell yang mengekalkan hasil perbendaharaan AS lebih tinggi mendorong emas untuk mengehadkan kenaikannya.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,382.94 iaitu bergerak tidak ketara sekadar 0.1% sejak dibuka pada sesi dagangan Asia awal pagi tadi.

XAU/USD didagangkan pada $2,388 selepas mencapai paras terendah harian sekitar $2,363 apabila selera pelabur telah merosot di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Timur Tengah.

Berikutan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lepas, Iran bersedia untuk bertindak balas walaupun Israel telah diberi amaran bahawa Amerika Syarikat tidak akan terlibat sama sekali.

Melihat dari sudut pandang meluas, emas bersedia untuk teruskan kenaikannya walaupun ucapan Jerome Powell yang memaparkan prestasi positif dalam data terkini serta kekurangan input bagi mengheret kadar inflasi ke arah sasaran.

Selain itu, peserta pasaran kini mengurangkan jangkaan Fed untuk mengurangkan kadar pada tahun ini. Ramalan pemotongan kadar faedah untuk September masih dalam peratusan tertinggi sekitar 71.38%.

Dari sudut teknikal pula, emas masih di posisi aliran menaik yang jauh seiring dengan ketegangan geopolitik.

Selepas kemerosotan pada Jumaat lepas, Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan kenaikan semula selepas berduyun-duyun pembeli melangkah masuk dan mengatur langkah menawan posisi $2,400.

Pasaran masih menetapkan paras atas sokongan pada posisi ATH baharu iaitu $2,431 dan seterusnya $2,450.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat