Kenyataan Powell Benamkan BTC Hampir $61K, Apa Butiran Katanya?

671

“Kejap naik kejap turun, agak-agak harga akan ke mana masa halving nanti?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada malam semalam merudum sehingga $61,680 di tengah-tengah Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi kenyataan berhubung masa depan kadar faedah.

Hal ini kerana Powell menggariskan keperluan meneruskan dasar monetari terkawal bagi mencapai sasaran inflasinya 2%, oleh itu kadar lebih tinggi boleh bertahan lebih lama daripada jangkaan kebanyakan pelabur dan penganalisis.

Tindakan itu mengikuti siri bilangan ekonomi yang kukuh, antaranya pertumbuhan pekerjaan dan jualan runcit di mana 303,000 pekerjaan telah ditambah pada Mac 2024 manakala jualan runcit naik 0.7% berbanding 0.4% seperti yang diramalkan.

Dari segi sejarah, BTC sangat dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah susulan aset digital itu cenderung untuk mengubah persekitaran pelaburan dengan aliran modal lebih berminat ke aset lebih berisiko seperti kripto.

Mengukuhkan lagi pendekatan berhati-hati, Naib Pengerusi Fed Philip Jefferson tidak menyebut sebarang pemotongan kadar faedah dalam kenyataannya baru-baru ini sebaliknya memfokuskan pada kesediaan untuk mengekalkan dasar monetari yang ketat.

Memang tidak dinafikan acara halving BTC yang menghampiri mungkin akan memberi kesan pada bekalan, tetapi ia telah dineutralkan melalui sentimen menurun yang didorong oleh tinjauan dasar Fed.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang memulih semula ke $63,903 telah melonjak sebanyak 0.20% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penurunan 7.23% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat