Kekal Tekad! EU Dapatkan Bantuan A.S Bagi Penggubalan Undang-Undang Kripto!

113

Industri aset digital global kini didagangkan di bawah ketidaktentuan pasaran yang kian meningkat dengan di tambah ketiadaannya peraturan kripto. Ketergesaan pihak autoriti untuk mengimplimentasikan undang-undang berkaitan kripto dilihat semakin jelas. Terbaru, ketua perkhidmatan kewangan Kesatuan Eropah (EU) telah menggesa penggubal dasar AS untuk membantu pihak mereka untuk mempercepatkan hal ini.

Menurut laporan, Mairead McGuinness, ketua perkhidmatan kewangan EU telah mengeluarkan amaran mengenai aset digital yang memetik ancaman kepada kestabilan kewangan. Beliau menyebut bahawa sebarang peraturan kripto yang dikenakan ke atas pasaran perlu diletakkan dalam susunan global.

McGuinness menekankan bahawa mereka perlu melihat negara lain juga yang menunjukkan minat untuk menggubal undang-undang yang berkaitan pasaran kripto. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak berkuasa yang berkehendak untuk mempercepatkan perlaksanaan peraturan kripto yang dilaksanakan EU. Beliau menambah bahawa terdapat pemain berbeza dalam pasaran, namun memiliki objektif yang sama.

Laporan itu mencadangkan bahawa pesuruhjaya Ireland bertemu ahli politik AS di Capitol Hill. Beliau telah mengadakan pertemuan ringkas yang membincangkan mengenai bagaimana ingin mengawal selia industri kripto. Pesuruhjaya merasakan bahawa pembuat dasar AS berada dalam barisan yang sama dengan EU. Walau bagaimanapun, pembuat dasar Eropah lebih prihatin terhadap peraturan dan pasaran kripto buat masa ini.

Disisi yang berbeza, pengawal selia AS dan pegawainya dilihat masih berbelah bahagi mengenai keperluan untuk peraturan kripto yang lebih terperinci. Laporan itu mencadangkan bahawa Hester Peirce, pesuruhjaya SEC telah memanggil pengawal selia untuk memastikan pencipta dan peniaga token NFT turut termaktub dalam klausa yang bakal digubal.

Kesatuan Eropah telah terkenal dengan sikap kerasnya terhadap aset digital. Peraturan kripto baharu yang sedang digubal oleh penggubal dasar EU telah melepasi peringkat terakhirnya awal bulan ini. Peraturan ini akan mengawal pengeluaran stablecoin bagi memantau kesan alam sekitar mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat