Keruntuhan Bursa Kripto FTX Cetus ‘Ketakutan’? Pasaran Kripto Catat Aliran Keluar Yang Tinggi!

370

Kejadian yang menimpa terhadap bursa kripto FTX telah memberi impak besar terhadap pasaran kripto terutamanya pada bursa kripto. Antara yang paling ketara ialah, aliran keluar pertukaran bersih telah melonjak sejak kebankrapan FTX.

Data daripada firma analisis dalam rantaian CryptoQuant menunjukkan bahawa lebih $8 bilion dalam kripto telah mengalir keluar dari bursa terpusat sejak 6 November, apabila kebimbangan terhadap kecairan FTX semakin meningkat.

Sejak kenyataan membimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao terhadap FTX pada minggu lepas, sebanyak berjumlah $3.7 bilion dalam BTC telah dikeluarkan daripada bursa kripto. Kira-kira $2.5 bilion dalam Ether juga telah turut dikeluarkan dari bursa, bersama kira-kira $2 bilion nilai stablecoin. Rizab pertukaran berpusat kini telah mencecah paras terendah sejak November 2018, kini hanya pada 2.089 juta Bitcoin, dan 19.999 juta Ether.

Dalam masa yang sama, CryptoQuant turut menyatakan bahawa lebih 80,000 BTC telah meninggalkan pertukaran dalam tempoh 24 jam. Firma itu berpandangan bahawa pelabur kehilangan keyakinan terhadap bursa kripto berpusat. Ini berlaku selepas pertukaran kripto FTX membekukan pengeluaran pengguna, dan meminta bantuan Binance dalam menangani apa yang dipanggil “kegagalan kecairan.”

FTX berhadapan dengan permintaan pengeluaran yang luar biasa yang membawa kepada pembekuan, disebabkan khabar angin bahawa pertukaran itu tidak menyokong sepenuhnya aset penggunanya. Pada hari Jumaat lalu, FTX akhirnya memfailkan kebankrapan.

Pada ketika ini, pelabur merakamkan rasa bimbang terhadap CryptoCom yang mungkin menghadapi masalah kecairan berikutan tingkah laku dalam rantaian, dimana ianya melibat salah penghataran kepada bursa Gate.io berdasarkan kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif CryptoQuant Ki Young Ju menganalisis pergerakan dompet CryptoCom pada hari Isnin, mendapati rizab stablecoinnya telah jatuh sebanyak 90% sejak 7 bulan lalu. Sementara itu, bilangan pengeluaran Ether di bursa telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat