Koleksi NFT Baharu! Zoom Bersama Donald Trump Berharga $277,000!

704

“Harapnya NFT baru Trump ni berjaya la, jangan terciduk pula lagi sekali.”

Selepas menggunung tinggi 350%, jualan koleksi non-fungible token (NFT) kad trading digital yang dilancarkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjunam semula ke paras terendah.

Namun, NFT baharu yang digelar “Win Trump Prizes” telah muncul di OpenSea, di mana individu dapat membeli koleksi aset digital tersebut pada harga serendah $25 setiap satu.

Para pembeli dilaporkan akan mendapat peluang pertemuan Zoom bersama Trump pada harga 200 Ethereum (ETH) ($277,000), tiket ke majlis makan malam gala pada 50 ETH ($69,000), pertemuan bersama Trump pada 21.45 ETH ($30,000) dan lain-lain lagi aktiviti melalui pembelian NFT itu termasuk bermain golf dengan beliau.

Sementara pas untuk mengakses NFT tersebut yang dimint pada blockchain Polygon didapati telah diberi kepada pelabur kad NFT sejak sebulan lalu.

Meskipun begitu, penggunaan masih berada dalam proses lagi tetapi beberapa pas tersebut telah dibekalkan kepada para pembeli baharu NFT tersebut pada Khamis semalam.

Setakat ini, jumlah volum yang dijana melalui penjualan NFT tersebut telah menghampiri 40 ETH dengan harga lantai 0.0269 ETH termasuk mencatatkan 669 pemilik.

Dalam pada itu, walaupun Trump pernah dipersendakan selepas mengumumkan kempen NFT Trading Cards pertamanya, kebanyakan komuniti NFT telah menyokong usaha beliau yang ingin lancarkan koleksi digital sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat