Letupan Pejabat Di Kaesong, Adakah Korea Utara Isytihar Perang?

858

Masih ingat berita Korea Utara memutuskan komunikasi dengan Korea Selatan kerana diserang ratusan risalah anti-Pyongyang? Korea Utara akhirnya membuktikan wilayahnya pantang dicabar apabila dilaporkan telah meletupkan pejabat perhubungan kedua-dua wilayah itu di Kaesong semalam.

Pejabat perhubungan yang kosong sejak Januari berikutan perintah berkurung Covid-19, telah diletupkan pada jam 2.49 petang, menghancurkan bangunan empat tingkat itu. Impak letupan itu juga telah merobohkan separuh daripada bangunan 15 tingkat yang menjadi tempat penginapan kepada staf pejabat perhubungan itu.

Dikatakan insiden tersebut dicetuskan oleh adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong susulan daripada ketegangan antara dua wilayah Korea dan Amerika Syarikat (A.S) berikutan kegagalan rundingan nuklear antara Pyongyang dan Washington.

Letupan itu sebagai satu hukuman terhadap pembelot Korea Selatan yang menjadi dalang kepada penyebaran risalah anti-Pyongyang sejak awal Jun. Risalah itu disebarkan melalui belon yang dilepaskan di sempadan dua wilayah Korea dengan mesej yang mengkritik Kim Jong Un dan pentadbirannya.

Berdasarkan kejadian tersebut, penganalisis menyifatkan Pyongyang mungkin mencipta krisis untuk memberi tekanan kepada Seoul kerana kegagalan wilayah itu memulakan semula rundingan AS-Korea Utara sementara rundingan nuklear bersama Washington terhenti buat sementara waktu.

Malah, tidak dapat dinafikan insiden ini mungkin merupakan mesej kepada AS bahawa Korea Utara bersedia untuk bertindak lebih jauh tanpa pelepasan sekatan seperti yang dijelaskan oleh pensyarah sains politik Chonnam National University, Yoon Sung-suk.

Washington menyokong sepenuhnya ke atas usaha Seoul untuk memulihkan hubungan kedua-dua wilayah Korea dan menggesa Pyongyang untuk tidak meneruskan tindakan lanjut. Malah, Korea Selatan juga memberi amaran kepada pembelot untuk berhenti menyebarkan risalah namun sebaliknya berlaku apabila rancangan mereka tetap diteruskan.

Kesatuan Eropah (EU) juga turut memberi amaran kepada Korea Utara untuk tidak bersikap provokatif dan meluahkan kekesalan terhadap tindakan Korea Utara yang tidak menunjukkan usaha ke arah penyelesaian diplomatik.

Matawang Won Korea susut sekitar 0.7% mengatasi dolar dalam dagangan hadapan susulan daripada isu letupan bangunan perhubungan tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat