Lionel Messi ‘Menggelecek’ Masuk Ke NFT Sorare!

305

Pemain bola sepak terkenal serta pemenang Ballon d’Or, Lionel Messi dilaporkan bakal menjadi pelabur serta duta jenama kepada Sorare, syarikat permainan perdagangan non-fungible token (NFT) Perancis.

Difahamkan bahawa kelab Paris Saint-Germain (PSG) akan bekerjasama dengan Sorare dalam menetapkan piawaian baharu serta pengalaman unik agar para peminat dapat berinteraksi bersama kelab dan pemain secara mudah.

Menurut Nicolás Julia, Ketua Pegawai Ekskeutif dan Co-Founder Sorare menyatakan bahawa beliau yakin Messi mampu memberi impak besar kepada projek baharu ini apabila syarikat tersebut membenarkan pembeli NFT mengumpul serta menukar kad pemain bagi menyertai kejohanan bola sepak fantasi.

Malah, Sorare akan menjadikan Messi sebagai pemegang saham syarikat tersebut, namun enggan mendedahkan jumlah saham yang dipegang beliau.

Umumnya, kad maya NFT itu akan direkod pada blockchain yang dapat menggalakkan aktiviti perdagangan dalam kalangan pembeli aset digital tersebut.

Secara konteks, Sorare merupakan syarikat permulaan Paris yang telah berkembang pesat sehingga 185 negara dan mempunyai pengguna lebih dua juta dengan nilai bersih sebanyak $4.3 bilion.

Bukan itu sahaja, syarikat tersebut telah memeterai perjanjian bersama 300 pasukan sukan dan liga di seluruh dunia termasuklah Bundesliga serta La Liga Sepanyol.

Sementara itu, Sorare berkeinginan tinggi untuk melakukan apa jua cara mengembangkan platformnya ke dalam sukan lain seperti bola keranjang atau besbol.

Messi turut menyebut bahawa gabungan permainan fantasi Sorare bersama koleksi digital mampu memberi para peminat cara baharu untuk menggalakkannya mendalami pasaran NFT serta melihat pemain dan pasukan yang mereka minati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat