Malaysia ‘Pegang’ Pusat Data Asia Tenggara, Ledakan Teknologi AI Global Cetus Fenomena!

753

Malaysia muncul sebagai pusat kuasa data Asia Tenggara dengan lebih meluas apabila permintaan meningkat dalam industri pengkomputeran cloud dan kecerdasan buatan (AI).

Sejak beberapa tahun ini, negara telah menarik berbilion dolar dalam pelaburan pusat data termasuk daripada syarikat gergasi teknologi seperti Google, Nvidia dan Microsoft.

Menurut James Murphy, Pengarah Urusan APAC berkata kebanyakan pelaburan bertempat di bandar kecil Johor Bahru yang berhampiran sempadan Singapura.

Dalam beberapa tahun lagi, Johor Bahru berpotensi besar untuk mengatasi Singapura menjadi pasaran terbesar di Asia Tenggara daripada asas sifar dua tahun lalu.

Bandar di selatan semenanjung itu disenaraikan sebagai lokasi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dalam Indeks Pusat Data Global DC Byte 2024.

Selain itu, bandar itu mempunyai 1.6 gigawatt daripada jumlah bekalan pusat data termasuk projek dalam pembinaan peringkat awal rancangan. Kapasiti pusat data biasanya diukur dengan jumlah tenaga elektrik yang digunakan.

Kapasiti dalam talian seluruh Asia menunjukkan Malaysia mampu mengatasi negara Jepun dan India. Sebelum ini, Jepun dan Singapura mendahului rantau ini dari segi kapasiti pusat data langsung.

Namun, Indeks itu tidak memberikan pecahan terperinci berkenaan kapasiti pusat data di China.

Ledakan permintaan pesat dalam perkhidmatan AI memerlukan pusat data khusus untuk menempatkan sejumlah besar data dan kuasa pengiraan yang diperlukan untuk melatih model AI.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Mohd Noorazam Osman berkata pelaburan pusat data tidak seharusnya menjejaskan keperluan sumber tempatan memandangkan cabaran bandar itu buat masa ini adalah bekalan air dan tenaga.

Pegawai Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor memberitahu Straits Times bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan lebih banyak garis panduan mengenai penggunaan tenaga hijau untuk pusat data pada Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat