Menjelang Akhir Jun 2023, Bank Pusat India Sasar 1 Juta Pengguna CBDC!

230

“Adakah matlamat RBI akan tercapai ataupun hanya angan semata-mata?”

Selepas pengumuman dasar monetari, timbalan gabenor Bank Rizab India (RBI) T Rabi Shankar didapati berhasrat mencapai satu juta pengguna untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) negaranya yang digelar Digital Rupee menjelang akhir Jun 2023.

Walaupun RBI masih menjalankan ujian perintis dan tidak mempunyai timeline khusus, Shankar berkata ia akan menjadi perubahan berperingkat yang memberi tumpuan terhadap pembelajaran dalaman melalui penggunaan CBDC.

Sebagai rekod, RBI telah memperkenalkan versi digital rupee untuk transaksi berskala besar pada 1 November 2022 seterusnya menjalankan ujian pertama rupee digital untuk orang awam pada 1 Disember 2022.

Program perintis CBDC akan bermula di empat bandar, iaitu Mumbai, New Delhi, Bengaluru dan Bhubaneswar kemudian secara beransur-ansur berkembang ke bandar lain seperti Ahmedabad, Chandigarh, Gangtok, Guwahati, Hyderabad, Indore, Kochi, Lucknow, Patna dan Shimla.

Pada mulanya, hanya State Bank of India, ICICI Bank, YES Bank dan IDFC First Bank yang terlibat dalam projek CBDC tetapi selepas itu Bank of Baroda, Union Bank of India, HDFC Bank serta Kotak Mahindra Bank pula turut menyertainya.

Sementara Mint Road turut rancang menjadikan kod QR CBDC saling beroperasi dengan Unified Payments Interface (UPI), di mana ia membenarkan transaksi perbankan digital dan penerima menerima pembayaran melalui kad debit atau kredit, perbankan internet serta wallet mudah alih.

Apabila seseorang memindahkan CBDC daripada individu atau kedai, ia akan berpindah dari wallet ke wallet tanpa sebarang pengantaraan bank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat