Menteri Kewangan Jepun Memberi Pandangan Terbaru Mengenai Bitcoin

123

Menteri kewangan Jepun, Taro Aso mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa bahawa bitcoin belum dapat dibuktikan untuk menjadi matawang yang boleh dipercayai.

Menurut beliau, pada minggu ini France telah mendesak untuk mengadakan diskusi berkenaan matawang digital khususnya bitcoin dalam mesyuarat G20 nanti.

Kata Bruni Le Maire, menteri kewangan France “Saya akan mendesak presiden G20 berikutnya, Argentina supaya pertemuan G20 pada bulan April khusus membincangkan masalah bitcoin.”

Aso mengatakan bahawa bitcoin belum mempunyai definisi yang kukuh samada ada ia merupakan matawang atau tidak. Namun ia belum cukup asas untuk menjadi matawang.

Di salah satu kenyataan pada awal bulan ini, gabenor Bank of France, Francois Villeroy de Galha mengatakan bahawa Bitcoin adalah aset spekulatif dan orang ramai yang melabur mata wang itu melakukannya dengan risiko sendiri. Bitcoin bukan mata wang, malah bukan juga mata wang kripto, ia adalah aset spekulatif. Nilai dan ketidaktentuan keterlaluan tidak mempunyai asas ekonomi.

Harga bitcoin kini berada di paras $19,160.80 pada jam 12.25 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat