Microsoft & Aptos Lab Bergabung, Kripto APT Canak Tinggi!

107

“Wow adakah harganya akan melepasi $8 pula dalam masa terdekat ini?”

Microsoft bertindak memeterai perjanjian bersama platform blockchain Aptos Labs bagi mengembangkan usahanya dalam Artificial Intelligence (AI) termasuk menerokai dunia Web3 dengan lebih mendalam.

Selain memudahkan latihan modal AI Microsoft mengaplikasikan data blockchain disahkan dan jalankan nod validator pada cloud Azure Microsoft, kerjasama itu bertujuan untuk tingkatkan kreadibiliti, kebolehpercayaan dan ketelusan content dijana AI melalui teknologi blockchain.

Menurut Daniel An, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global Microsoft berpandangan integrasi AI ke dalam penyelesaian Web3 bakal menjadi lebih menonjol dalam beberapa bulan dan tahun akan datang.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aptos Labs, Mo Shaikh yang berkata perkongsian itu adalah untuk menangani cabaran khusus industri telah menyebabkan harga Aptos (APT) melonjak sebanyak 18% cecah $7.79.

Tambahnya lagi, large language models (LLM) dapat bertindak sebagai content creator berkuasa manakala blockchain berfungsi sebagai penanda untuk ketelusan dan kepercayaan, oleh itu gabungan tersebut dapat tingkatkan keyakinan pengguna.

Suka dimaklumkan blockchain Aptos Labs dapat mengendalikan sehingga 160,000 transaksi sesaat, di mana masa penyelesaian pantas dan kos berjaya menarik minat syarikat teknologi besar seperti Microsoft untuk bina produk dan perkhidmatan berkaitan AI.

Umum mengetahui akses kepada teknologi decentralized dipermudahkan oleh program seperti penyepaduan GitHub Copilot dan Aptos Assistant iaitu sebuah chatbot AI menghubungkan Web2 serta Web3.

Sehingga berita ini ditulis, harga APT mendaki sebanyak 9.92% pada paras $7.37 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 bilion seterusnya merekodkan kenaikan sekitar 6.74% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat