PMX Minta Arab Saudi Melabur Di Kemaman

469

Baru-baru ini, Saudi Aramco telah menyatakan minat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab minyak dan gas bagi Arab Saudi di Asia Tenggara.

Ia dilihat sebagai peluang baik buat negara untuk mengembangkan lagi ekonomi dan bakal menarik lebih banyak pelabur besar membuat pelaburan di Malaysia.

Namun, di manakah lokasi yang sesuai untuk pengembangan ini?

Berucap dalam satu program di Wakaf Tapai pada malam Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau telah mencadangkan gergasi minyak Arab Saudi itu untuk melabur di Kemaman, Terengganu.

Difahamkan, pengerusi Aramco, Yasir O Al-Rumayyan pada awalnya berminat untuk menjadikan Johor sebagai pusat pengembangannya.

Dalam kenyataan lanjutnya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertemu dengan Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz al Saud semasa mengerjakan haji baru-baru ini.

Ketika itu, baginda telah dimaklumkan bahawa pelaburan Arab Saudi untuk Asia akan berpusat di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat