Minit FOMC Diteliti, Pasaran Kripto Dijangka’Volatile’!

572

“Takutnya, adakah harga kripto akan naik turun laju sampaikan kita mampu tengok je?”

Seluruh pasaran mata wang kripto bersiap sedia menghadapi turun naik lebih besar apabila peluang pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) mungkin tidak lama lagi bakal pudar.

Selain menunjukkan Fed masih bersikap berhati-hati berhubung pendekatannya ke arah penurunan kadar faedah, minit FOMC pukul tiga pagi tadi turut mengukuhkan fakta bahawa kadar faedah akan kekal lebih lama seperti ditunjukkan oleh data ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Keputusan itu timbul selepas pegawai Fed pilih mengekalkan tahap semasa penanda aras kadar pinjaman semalamannya kemudian diikuti penyemakan semula kenyataan dikeluar setelah minit FOMC selesai.

Rentetan itu, keyakinan daripada para pelabur semakin berkurangan susulan dijangkakan terdapat kebarangkalian 93.5% untuk Fed tidak menurunkan kadar faedahnya semasa mesyuarat FOMC pada Mac 2024.

Namun perlu diketahui minit mesyuarat pagi tadi menunjukkan dasar Fed telah terbukti berjaya dalam keseluruhan ekonomi, oleh itu ahli strategi pasaran global JP Morgan Asset Management Gabriela Santos berpendapat pemotongan kadar faedah mungkin berlaku pada Jun 2024.

Dari segi sejarah, keputusan kadar faedah oleh Fed telah menjadi sumber penting untuk pelabur menilai aset, di mana kadar faedah yang lebih rendah sering menurunkan nilai sekuriti kerajaan tetapi meningkatkan daya tarikan kripto.

Bukan itu sahaja, ekonomi yang kukuh juga mampu mengekalkan permintaan pelabur dan ekonomi positif cenderung mempunyai kuasa beli stabil termasuk keinginan untuk beli aset lebih berisiko seperti aset digital atau saham.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.21% pada paras $51,549 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 0.95% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat