Mula Bertindak, Binance Umum Lantik Boss Baru!

390

“Adakah sekarang masanya untuk Binance bangkit semula?”

Bursa mata wang kripto Binance akhirnya mengumumkan Lembaga Pengarah pertamanya setelah menghadapi beberapa cabaran kawal selia termasuk penyelesaian $4.3 bilion bersama Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan, Binance kini mempunyai tujuh ahli lembaga di mana Richard Teng adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu selepas Changpeng Zhao (CZ) meletak jawatan manakala Heina Chen, Jinkai He dan Lilai Wang merupakan eksekutif di bursa kripto itu.

Tiga lagi adalah ahli luar iaitu Gabriel Abed yang berkhidmat sebagai duta Barbados ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemudian Arnaud Ventura yang merupakan rakan kongsi pengurusan di firma pelaburan Gojo & Co dan CEO Bayview Acquisition Corp bernama Xin Wang.

Menerusi pemerhatian, pelantikan mereka telah berkuat kuasa sejak 7 Mac 2024 yang sudah pasti terdapat beberapa pelarasan paling ketara dilakukan sejak Teng menjadi CEO Binance pada November 2023.

Selain menyerlahkan pelaburan berterusan dalam keselamatan dan kemampanan produk serta menyokong kebebasan kewangan di peringkat global, Teng turut beri jaminan kepada pengguna bahawa penyelewengan sama tidak akan berlaku susulan terdapat usaha meningkatkan pematuhan.

Sebagai sebahagian daripada matlamatnya yang tinggi, CEO Binance tersebut turut rancang menubuhkan lebih banyak struktur korporat termasuk menamakan ibu pejabat dan lembaga pengarahnya.

Semasa Binance meraikan lembaga pengarah baharunya, CZ turut melancarkan projek baharunya Giggle Academy yang memberi tumpuan pada menawarkan pendidikan asas percuma kepada kanak-kanak dalam bidang kuasa yang berbeza.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat