Nak Melabur $40 Bilion Dalam AI, Arab Saudi & Firma Kripto Ini Bekerjasama!

885

“Korang semua okay ke kalau Arab Saudi jadi pelabur terbesar dalam ruang AI?”

Tanpa disedari, kerajaan Arab Saudi sedang mempertimbangkan penciptaan dana pelaburan $40 bilion bagi meletakkan wangnya ke dalam artificial intelligence (AI) yang boleh berlaku pada separuh kedua tahun ini.

Wakil di sebalik Dana Pelaburan Awam Arab Saudi turut berhasrat memeterai perjanjian bersama firma modal teroka Silicon Valley Andreessen Horowitz (a16z) sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyelia pelaburan AI.

Suka dimaklumkan a16z mungkin dapat menubuhkan pejabatnya di ibu negara Riyadh ditambah pula salah seorang pengasasnya bernama Ben Horowitz telah berkawan bersama gabenor dana itu Yasir Al-Rumayyan, bagaimanapun perlu diketahui pemodal teroka lain juga boleh ambil bahagian dalam dana AI itu.

Jadi di sini dapat dilihat Arab Saudi bakal menjadi pelabur terbesar dalam ruang AI jika pelaburan $40 bilion diteruskan, oleh itu terdapat beberapa individu jangka dana tersebut akan dilancarkan pada separuh kedua 2024 tetapi rancangan itu masih boleh berubah.

Selain mempertimbangkan memulakan firma AI sendiri, dana AI Arab Saudi yang akan diperoleh melalui dana kekayaan kerajaan bernilai $900 bilion sedang mencari bagi melabur dalam pembuat cip dan data center besar yang memiliki kapasiti untuk menggerakkan teknologi AI.

Umum mengetahui bahawa perbincangan mengenai potensi perkongsian antara Arab Saudi dan a16z telah diusahakan sejak April 2023.

Dalam temu bual Horowitz bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WeWork Adam Neumann pada April 2023, beliau memuji Arab Saudi sebagai negara startup sambil berpendapat Amerika Syarikat (AS) sudah pun mula kehilangan daya tarikan dalam adegan startup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat