Nohh! GBP/USD Terpacak Balik 140 Pips!

197

Pound Sterling papar prestasi cemerlang pada dagangan awal minggu semalam setelah mengalami penurunan suram pada minggu lalu.

Ini disebabkan laporan berkaitan perjanjian Brexit di mana UK dan Kesatuan Eropah (EU) dilihat bersetuju untuk meminda protokol Ireland Utara yang sebelum ini menjadi penghalang persetujuan perjanjian perdagangan dicapai kedua-dua pihak.

Situasi ini telah memberi sokongan terhadap lonjakan semula nilai Pound dalam pasaran, dan turut memberi tempias positif kepada mata wang Euro yang turut meningkat.

Selain itu, mata wang US dolar pula yang dijangka untuk menyambung pengukuhan pada minggu ini sebaliknya didagangkan susut pada sesi New York semalam.

Selain dilihat berlaku aktiviti profit taking oleh pelabur di penghujung dagangan Februari, data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram semalam turut memberi kesan penyusutan US dolar.

Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang pada mulanya dilihat mendatar di paras sokognan sekitar 1.19400 kemudiannya telah melonjak sekitar 140 pips.

Melepasi zon 1.2000 semula, harga telah mencapai ketinggian sekitar 1.20600 dan mula perlahan di sekitar itu bersambung pada dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa).

Menjadi isyarat awal perubahan trend bullish pada carta harga GBP/USD apabila harga kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.

Kenaikan yang akan diteruskan dilihat bakal menghampiri paras 1.21000 sebelum melanjutkan pendakian lebih tinggi menuju pula zon rintangan pada 1.22000.

Namun, penganalisis tidak menolak situasi pengukuhan semula US dolar yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan menekan harga jatuh semula.

Susut kembali di bawah zon 1.20000 akan melihatkan harga akan menuju semula ke paras sokongan awal minggu sekitar 1.19400 tersebut.

Jika harga sambung penurunan lebih rendah, zon 1.19000 bakal diuji dan berkemungkinan boleh tembus untuk menuju pula ke zon tumpuan 1.18000 dan mencatatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat