Kebangkitan US30 Tersekat Gara-gara Faktor Ini!

232

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan indeks saham utama Amerika Syarikat berhasil meraih sedikit keuntungan.

Ini susulan aktiviti pemburuan saham murah oleh pelabur selepas penanda aras utama mengalami penurunan mingguan terburuk tahun ini pada minggu lalu.

Pada pembukaan dagangan, ketiga-tiga indeks utama memaparkan lonjakan lebih 1%, sebelum kembali mengurangkan keuntungan menuju penutup dagangan sesi New York.

Dow Jones Industrial ditutup positif pada 32,889 dengan kenaikan 0.22%, manakala S&P 500 pula naik 0.3% kepada 3,982.23 dan Nasdaq canak 0.74% pada 12,057.79.

Pun begitu, terbitan data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat menyekat kemajuan indeks-indeks utama tersebut untuk meningkat lebih jauh, termasuk US30 yang sebelum itu memulakan dagangan lebih kukuh pada awal sesi.

Hal ini susulan penyusutan yang dicatatkan pada Januari sebanyak 4.5% daripada peningkatan 5.1% pada Disember, manakala bacaan teras pula meningkat 0.7%.

Tesla, yang meningkat hampir 5% adalah antara keuntungan terbesar dalam S&p 500 pada sesi terdahulu. Trend meningkat untuk saham ini kekal kukuh, iaitu bullish untuk keseluruhan segmen saham teknologi.

Di Nasdaq, Seagen Inc mendominasi dengan lonjakan 10.40% susulan laporan bahawa Pfizer sedang dalam perbincangan awal untuk memperoleh firma bioteknologi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat