Pandangan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah BNM Terhadap Matawang Crypto

2,829

Sejak akhir tahun 2017, matawang crypto semakin mendapat perhatian massa bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia. Sifatnya yang volatile menimbulkan banyak kesangsian dan skeptikal oleh ramai orang. Dalam masa yang sama ramai yang tertanya berkenaan  status hukum halal haram matawang crypto berikutan penglibatan massa dalam pelaburan tersebut. Namun tidak banyak pakar syariah yang memperbincangkan hal ini kepada umum secara terperinci. Justeru kami hadirkan kepada anda pandangan seorang sarjana dan ilmuan yang mengkhusus dalam bidang kewangan Islam.

Nota ini merupakan catatan daripada pihak Team Moshed berdasarkan pembentangan Datuk Dr Mohd Daud Bakar di persidangan meja bulat matawang crypto dan sistem kewangan digital  IKIM. Ia dicatat menerusi siarang langsung di Facebook Beliau.

Datuk Dr Mohd Daud Bakar merupakan seorang intelektual Syariah kepada penasihat Syariah dan usahawan Syariah. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa. Beliau juga menganggotai banyak Badan Penasihat Syariah institusi kewangan Islam di seantero benua.

Berikut merupakan nota-nota yang sempat diambil daripada pembentangan beliau di IKIM pada 28/2/2018. Team Moshed cuba mengekalkan setiap kata yang diucapkan oleh Dr Daud tanpa memasukkan pandangan peribadi Team Moshed. Kami inggatkan ia adalah pandangan peribadi Dr bukan institusi.

Perbincangan ini merupakan sebagai usaha untuk melestarikan matawang crypto dengan syariah.

Syariah adalah satu sistem kehidupan yang perlu terus ke hadapan dengan mengambil pelbagai cabaran dan tidak berselindung. Syariah memerlukan orang-orang untuk memberikan cabaran, pemikiran dan idea untuk syariah lebih kehadapan.

Menurut Dr, syariah sepatutnya sentiasa kehadapan dalam melihat apa sahaja isu sama ada sains, teknologi, sosial, ekonomi dan teori yang baru termasuklah isu yang melibatkan sesuatu bentuk yang dinamakan matawang, apatah lagi ia boleh memberi impak kepada sistem kewangan fiat. Matawang fiat merupakan satu aliran kewangan telah lama bertapak di dunia.

Peringkat awal pembentangan membincangkan mengenai latar belakang matawang crypto, perbahasan syariah dan tentang masa hadapan.

Perbincangan ekonomi digital telah mempunyai prasarana yang cukup dengan adanya Big Data, Kecerdasan buatan AI, IoT dan lain-lain.

Revolusi industri keempat membolehkan syarikat-syarikat untuk beroperasi tanpa gudang, mengurangkan kos dan beroperasi lebih efisien dan pantas.

Kekurangan dalam ekonomi digital pada hari ini ialah tidak terdapat suatu matawang digital yang boleh beroperasi dengan lebih pantas berbanding matawang fiat. Matawang fiat memerlukan proses yang agak panjang untuk proses transaksi.

Namun hal ini bukanlah kerana kelemahan matawang fiat tetapi kerana sifat atau DNA matawang fiat itu sendiri yang memerlukan suatu pengesahan dan penghantaran wang yang memakan masa agak panjang. Iaitu antara 2-3 hari. Ini merupakan salah suatu kelompongan yang dihadapi oleh matawang fiat.

Manakala terdapat matawang crypto boleh dihantar dengan hanya memakan masa kurang daripada 5 saat sahaja. Perkembangan kriptografi dan teknologi berkemungkinan akan membuatkan penghantaran lebih cepat daripada sekarang.

Kita memerlukan suatu lagi alat matawang yang bebentuk digital. Dimana sebarang pembelian dan pemprosesan kos boleh dilakukan secara digital tanpa memerlukan sistem matawang fiat.

Perkembangan teknologi membuatkan data menjadi suatu perkara yang ada harga komoditi. Data pada hari ini merupakan komoditi paling mahal.

Matawang Crypto merupakan sebuah peningkatan ilmu yang canggih.Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh ahli matematik. Kriptografi adalah formula matematik yang dipecahkan oleh kod tertentu melalui sistem komputer yang berdaya tinggi.

Formula tersebut mesti dipecahkan, dilombong oleh pihak yang menginginkan mencetak atau membuat matawang crypto melalui pemecahan kaedah matematik tertentu untuk mendapat suatu bitcoin tertentu dengan satu siri nombor yang tertentu. Ia mesti dicetak oleh ramai pelombong-pelombong dengan kod yang sama.

Kalau ada sebarang manipulasi atau helah, sistem akan tolak atau reject dan kos lombong menjadi sia-sia. Setiap pelombong mesti mengikut kaedah yang telah disusun oleh sistem. Sistem yang memberikan formula dari semasa ke semasa untuk mencetak satu matawang crypto.

Kriptografi merupakan sistem yang lama namun mula dibuka kepada ruang umum sejak 10 tahun lepas.

Sistem matawang crypto memiliki hash yang merupakan identiti. Hash tersebut di-attach-kan berdasarkan kritptografi yang tidak boleh digondam dan disokong oleh open architecture iaitu disebarkan kepada umum.

Justeru kriptografi, mesti bebentuk terbuka, supaya orang boleh tahu siapakah yang memiliki bitcoin dan kepada siapakah dia menjual bitcoin tersebut. Ia juga mesti bebentuk ditributed ledger iaitu ada salinan dalam banyak-banyak salinan yang lain. Ia tidak hanya terhad kepada satu salinan sahaja.

Sebagai contohnya seperti buku 3×5, jika ada 1 buku sahaja maka ia senang dimanipulasi. Tetapi kalau kita salin buku hutang itu dalam kuantiti banyak ia akan kuatkan suatu sama lain. Tidak ada penipuan atau kemungkinan dimanipulasi kerana telah ada distributed ledger yang diedarkan dan di disalurkan kepada ramai orang.

Menurut Dr Daud, mereka yang bependapat kriptografi ini ada kaitan dengan pengubahan wang haram, ia adalah hujah lemah. Hal ini kerana kriptografi yang membolehkan kita untuk mengesannya di internet. Tetapi hal in berdasarkan perbandingan dengan matawang fiat.

Secara dasar ia memiliki teknologi yang baik, open, transperent dan distributed.

Kelebihan dan kekurang matawang crypto

Kelebihan matawang crypto terdapat banyak cuma Dr Daud hanyak menyebut 3 sahaja isi penting.

1. Sistem tersebut memiliki kemampuan untuk kita menyemak kembali sejarah transaksi yang pernah dilakukan sejak hari petama sehingga sekarang. Setiap transaksi tiadak akan terlepas daripada direkod.

2. Sistem tersebut tidak boleh digondam sehingga saat ini.

3. Matawang Crypto boleh menjadikan sesuatu urusan itu beroperasi dengan lebih lancar dan mudah berbanding dengan matawang fiat.

Kelemahan matawang crypto

1. Ia susah untuk dicairkan kepada matawang fiat kerana belum ada syarikat/platform pertukaran yang menawarkan khidmat tersebut yang dapat lakukan kecuali sedikit.

2. Perimaan masyarakat masih lagi kurang. Masyarakat masih lagi was-was.

Pandangan peribadi Dr. Daud

1. Transaksi matawang crypto mesti melalui suatu sistem pangkalan data yang dikawal oleh kerajaan agar kita dapat menapis individu-individu yang tidak mempunyai kelayakan.

2. Dr masih lagi menunggu fatwa-fatwa di keluarkan peringkat kebangasaan ataupun negeri.

3. Matawang crypto bukanlah matawang walaupun disebutkan sebagai matawang. Ia diciptakan dan bersifat seperti alat pertukaran tetapi tidak sampai ke tahap matawang.

4. Untuk menjadi matawang ada 3 ciri harus dipenuhi iaitu

1. Medium pertukaran.
2. Unit akaun.
3. Penyimpan nilai.

Matawang crypto tidak mempunyai 2 ciri dariapda 3 ciri tersebut. Ia bertindak sebagai alat pertukaran barang tetapi ia bukan sebagai penyimpan nilai dan unit akaun.

5. Pandangan fatwa terhadap hukum haram Bitcoin seperti yang di keluarkan di Mesir, bagi Dr Daud tidak berdasarkan perbahasan fundamental yang kukuh. Maka hal ini kembali kepada point no 2.

6. Visi Dr bahawa ekonomi pada masa akan datang bukan dalam bentuk centralize tetapi decentralize. Kuasa menjual dan membeli dikembalikan kepada tangan individu dimana individu sudah tidak perlu melalui orang ketiga.

Walaubagaimanapun Datuk Dr Mohd Daud Bakar tidak membincangkan hukum hakam matawang crypto secara terperinci dalam pembentangan tersebut. Lihat point 2 pandangan peribadi dr.

Bagi yang ingin menonton rakaman tersebut, boleh lihat disini ;

https://www.facebook.com/100011958917862/videos/358370751238219/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat