Pasaran Kripto Dalam Bahaya! Jabatan Kehakiman & Perbendaharaan Bakal Tetapkan Tindakan Terhadap Pasaran Kripto!

463

Jabatan Kehakiman A.S. akan “mengumumkan tindakan penguatkuasaan mata wang kripto antarabangsa” pada hari ini, katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah Jabatan Perbendaharaan A.S. juga akan membuat pengumuman.

“Jabatan Perbendaharaan A.S. juga akan mengumumkan tindakan terhadap pasaran kripto,” kata kenyataan itu.

Pegawai A.S., termasuk Timbalan Peguam Negara A.S. Lisa Monaco dan Timbalan Setiausaha Perbendaharaan A.S. Wally Adeyemo, akan menyampaikan ucapan pada 12 malam (1700 GMT atau 1 pagi waktu Malaysia ) di Washington, berdasarkan kenyataan tersebut.

Pegawai lain yang turut terlibat ialah termasuk timbalan pengarah bersekutu FBI dan peguam A.S. untuk Daerah Timur New York.

Disisi lain harga BTC telah mencapai kemuncak pada paras harga pada lebih $21,600. Kali terakhir BTC berada pada tahap tertinggi ini adalah pada bulan September tahun lepas. Walau bagaimanapun ia tidak berkekalan apabilan harga BTC kembali jatuh.

Hasil daripada turun naik yang dipertingkatkan, bitcoin merosot lebih daripada $1,000 dalam beberapa jam dan jatuh ke paras terendah harian sebanyak $20,400, ditambah pula dengan rizab bursa yang semakin berkurangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat