Pelabur Logam Berharga Ini Masih Mampu Menarik Nafas Lega

41

Emas susut sedikit pada sesi Asia apabila para pelabur mula mengambil kesempatan terhadap kelemahan matawang US Dollar.

Di Comex New York Merchantile Exchange, Emas bagi penghantaran Disember susut 0.06% satu troy ounce.

Silver futures dan copper futures juga menunjukkan prestasi yang baik apabila masing-masing meningkat 0.15% dan 0.23%.

Semalam, emas meningkat apabila dollar jatuh mendadak berbanding sekumpulan matawang lain.

Pelabur terus meneliti data pekerjaan AS yang mengukuh pada Jumaat lepas. Pada hari Rabu, Jabatan Buruh AS melaporkan bahwa peluang pekerjaan meningkat 2.0% pada bulan Jun.

Dalam masa yang sama, Labor Department’s Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) juga penunjukkan peningkatan jumlah pekerjaan sebanyak 5.1 juta bagi bulan Jun.

FOMC berkata sebelum ini, kadar faedah September akan terus meningkat jika pasaran buruh terus menunjukkan kemajuan. Kenyataan itu juga menguat jika angka inflasi bergerak lebih dekat kepada matlamat yang disasarkan iaitu 2%.

Semalam, harga emas turut stabil. Baca artikel berkaitan disini. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat