Peranan Wall Street Ini Dapat Menyelesaikan Masalah Penggunaan Bitcoin Sebagai Alat Transaksi

465

Pelancaran pasaran hadapan bitcoin di Wall Street dapat menyelesaikan masalah terbesar yang dihadapi oleh pengguna bitcoin.

Menurut laman sesawang Forbes tersebut, masalah utama yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga dalam penggunaan bitcoin sebagai alat transaksi ialah volatility iaitu naik turun pasaran dalam jumlah peratusan yang besar. Hal ini telah mengekang para pedagang dan peniaga untuk menggunakan bitcoin sebagai alat transaksi atau pembayaran.

Semenjak akhir-akhir ini banyak syarikat-syarikat besar mula mempertimbangkan matawang crypto terutamanya bitcoin sebagai alat transaksi, antaranya ialah Starbuck dan Dunkin Donuts. Kedua syarikat ini cuba memanfaatkan peluang yang disediakan matawang crypto namun yang mengekang tindakan mereka adalah sifat volatility  bitcoin yang tinggi. Hal ini dikhuatiri dapat mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Namun, pelancaran pasaran hadapan bitcoin di Wall Street beberapa bulan lepas dapat menyelesaikan masalah tersebut jika dibandingkan sebelumnya. Kerugian yang dialami dalam pasaran tunai akan dapat diatasi dalam pasaran hadapan.

Dalam masa yang sama Wall Street juga telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Bitcoin Investment Trust yang membenarkan pelabur untuk turut serta dalam pasaran bitcoin dan membantu para pelabur membuat keputusan.

Harus diingatkan pasaran matawang crypto adalah sangat spekulatif dan tidak dikawalselia. Justeru pedagang dan peniaga harus bersiap sedia untuk menanggung risiko kerugian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat