Perhatian! Ini 4 Memecoin Kucing Berpotensi Bullish!

947

“Korang lagi suka memecoin kucing atau anjing? Ataupun korang beli dua-dua?”

Memang memecoin bertemakan anjing sudah menguasai pasaran mata wang kripto, tetapi kucing enggan ketinggalan dalam perlumbaan ini apabila modal pasarannya berjaya mencecah $2.6 bilion kemudian $257 juta dalam volum dagangan.

Jadi apa tunggu lagi, jom ketahui 5 memecoin bertemakan kucing yang berpotensi mencanak tinggi pada masa hadapan mahupun dalam masa terdekat ini.

Catwifhat (WIF)

WIF menjadi agak popular di kalangan para pelabur disebabkan kenaikan harga berterusannya sejurus selepas pelancarannya, tetapi prestasi terbaiknya berlaku pada penghujung Mei 2024 yang berterusan sehingga hari ini.

Memecoin bertemakan kucing tersebut yang baru sahaja mencipta paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $0.000002291 kini telah merosot semula sedikit pada $0.000001928.

Kitty AI (KITTY)

Sama seperti WIF, KITTY juga bergerak daripada ATH pada $0.004906 tetapi perlu diketahui memecoin tersebut melihat kenaikan yang memberangsangkan menjelang akhir Mei 2024 dan ini membawa makna harganya mampu meneruskan pendakian lebih tinggi.

Memang tidak dinafikan KITTY yang berdagang pada $0.00255 telah menyusut 23% dalam masa 24 jam lalu, bagaimanapun memecoin tersebut masih berada dalam keuntungan susulan harganya 1,025% lebih tinggi daripada nilai bulan lalu.

Samurai Cat (YUKI)

YUKI ialah memecoin bertemakan kucing yang sesuai dibeli bagi keuntungan jangka pendek susulan turun naik harganya mempunyai perbezaan yang besar, di mana kini ia didagangkan pada $0.0004494 iaitu penurunan 21% dari semalam.

Namun, carta data mingguan dan bulanan YUKI masih menguntungkan susulan raih 80% serta 108%, jadi sini dapat dilihat potensi pertumbuhan dalam jangka panjangnya adalah sangat tinggi.

Gmeow Cat (GMEOW)

Selepas kenaikan 433% sehingga $0.004328, GMEOW yang kini turun 11% pada $0.002066 adalah peluang terbaik untuk pelabur membelinya susulan harganya akan melonjak apabila zon jualan makin berkurangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat