Perjanjian NAFTA : Adakah Negara Lain Bakal Jadi “Mangsa” Agenda Trump?

61

Memetik kenyataan Presiden Donald Trump di White House, beliau telah mengesahkan janji di dalam kempen beliau untuk rundingan semula perjanjian perdagangan NAFTA. Kenyataan ini sama sekali menunjukkan bahawa beliau tidak hanya ‘janji kosong’ di dalam kempen pilihanraya beliau.

Trump berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau serta Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto bagi memulakan perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Amerika Utara yang telah dimaterai sejak dua dekad yang lalu.

Trump sebelum ini telah menyalahkan ikatan ini sebagai punca AS kehilangan pekerjaan.

Menurut Presiden terbabit dalam permulaan majlis angkat sumpah di White House, mereka akan memulakan rundingan NAFTA semula termasuk rundingan imigresen dan keselamatan sempadan. Beliau turut berjanji bahawa rundingan itu bakal membawa keputusan yang baik buat Amerika Syarikat, Mexico, dan semua yang terlibat.

Kebanyakan pemimpin politik dan syarikat-syarikat di seluruh dunia masih menantikan sebarang petunjuk tentang bagaimana janji-janji beliau akan diterjemahkan ke dalam dasar.

Sementara itu, Trump juga menegaskan bahawa AS mesti melindungi sempadan mereka agar negara lain tidak mencuri barangand an syarikat milik negera tersebut serta memusnahkan pekerjaan di sana. Beliau juga menyifatkan bahawa perlindungan sempadan akan membawa manfaat yang besar buat AS.

Peso Mexico telah jatuh sebanyak 18 peratus sejak kemenangan mengejut Trump pada pilihanraya yang lepas. Trump juga berulang kali telah menggunakan medium Twitter untuk melemparkan tuduhan terhadap beberapa syarikat antarabangsa termasuk pembuat kereta yang menjalankan operasinya di Mexico. Selain itu, Trump telah mencadangkan cukai sempadan bagi menggalakkan pengeluaran yang tinggi di Amerika Syarikat.

Minggu ini, Trump dijadual akan bertemu dengan Theresa May bagi membincangkan agenda perdagangan. Trump juga dijadualkan akan menyampaikan kenyataan sepanjang minggu ini.

Dalam masa yang sama, Presiden terbabit dijadual akan bertemu dengan Perdana Menteri Mexico pada 31 januari ini.

US Dollar Memulakan Dagangan Lemah dalam Sesi Asia Sementara Menunggu Lebih Banyak Komen dari Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat