Platform X Dapat Lesen Untuk Servis Wallet Kripto Di Amerika!

443

Platform media sosial X (dahulunya Twitter) milik individu terkaya dunia Elon Musk dilaporkan telah memperoleh lesen operasi perkhidmatan wallet mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan, lesen Currency Transmission License (CTL) itu diperoleh di Rhode Island.

Dengan kelulusan operasi itu, platform X akan dibenarkan untuk menjalankan operasi perkhidmatan wallet kripto yang sah.

Pengguna boleh menyimpan, menghantar dan menerima pelbagai mata wang kripto yang dilihat bakal merevolusikan sistem pembayaran di platform itu seperti yang dirancang oleh Musk sebelum ini.

Selain pasaran kripto yang memulih dengan berita berkenaan kemenangan tuntutan mahkamah Grayscale Investment terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) semalam, berita ini juga turut menyokong lonjakan terhadap harga kripto Dogecoin (DOGE).

Harga DOGE yang berlegar perlahan semalam di paras $0.063 telah melonjak kepada $0.068 sebelum sedikit berundur pada hari ini.

Seperti umum mengetahui, DOGE merupakan kripto kegemaran Elon Musk yang sering disebut-sebut sejak tahun 2021 lagi dan beliau juga ada merancang untuk menggunakan kripto bertemakan anjing itu dalam sistem pembayaran di platform X.

Rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan wallet kripto ini akan membantu Musk mengembangkan lagi platform itu dalam perkhidmatan pembayaran melibatkan mata wang kripto.

Beliau sebelum ini telah mendedahkan rancangan pada awal 2023 untuk membawa ekosistem pasaran kewangan ketika penjenamaan semula Twitter kepada X.

Tetapi, adakah pelabur DOGE masih yakin harganya boleh melonjak semula selepas ini seperti yang pernah disaksikan pada 2021 dulu?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat