Goldman Sachs Beli Syarikat AS & UK Guna Duit China?

567

Goldman Sachs didapati telah menubuhkan dana dengan menggunakan wang kerajaan China untuk memperoleh syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan British.

Ia termasuk syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan keselamatan siber untuk kerajaan UK, menurut laporan Financial Times.

Difahamkan, syarikat itu telah menandatangani tujuh transaksi melalui ‘dana perkongsian’ ekuiti persendirian bernilai $2.5 bilion yang diwujudkan dengan China Investment Corporation (CIC) pada 2017.

**CIC ialah dana kekayaan negara yang dikawal oleh kerajaan China.

Urus niaga tersebut merangkumi pelbagai sektor termasuk penjejakan rantaian bekalan global, pengkomputeran awan, ujian dadah, sistem pembuatan untuk AI, dron dan bateri kenderaan elektrik.

Walaupun Goldman berkata telah membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat tersebut, namun ia tidak mendedahkan secara jelas sumbangan dana kepada urus niaga itu juga sebahagiannya daripada Beijing.

Meskipun berlaku ketegangan yang meningkat antara China dan AS, tetapi kerjasama Goldman Sachs dan CIC telah wujud sejak era pemerintahan bekas Presiden Trump pada 2017.

Ketika itu, ia berkata CIC akan menjadi ‘pelabur utama’ dalam dana tersebut, serta memainkan peranan aktif dalam membantu syarikat yang dibeli berkembang di China.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat