Prestasi Kriket India Lebih Parah Daripada Kejatuhan Kripto! – Virender Sehwag

79

Kenyataan lucu yang ditulis oleh bekas pemain kriket India, Virender Sehwag di akaun Twitter miliknya telah mencuri perhatian dalam kalangan para pelabur kripto sehingga tweetnya menjadi tular.

Sehwag sebelum ini juga kerap menulis tweet yang menggelikan hati orang ramai berkaitan pelbagai isu, namun baru-baru ini beliau membandingkan tentang pergerakan volatile pasaran mata wang kripto dengan prestasi pasukan kriket negaranya.

Beliau menulis, “prestasi merudum lebih pantas daripada kripto, perlu sedar dan bangkit” yang merujuk kepada pasukan kriket India.

Diperjelaskan lebih terperinci, beliau sedang membandingkan pasukan kriket India dengan kejatuhan pasaran kripto ekoran prestasi pasukan tersebut kian merosot dengan kekalahan berturut-turut kepada Bangladesh dalam siri perlawanan antarabangsa dua hala yang berlangsung.

Menurut Sehwag di Twitter, beliau menyatakan bahawa prestasi pasukan India telah menjunam lebih drastik daripada pasaran kripto dan mereka harus bertindak cepat untuk bangkit semula menewaskan lawannya.

Hal ini berikutan kerana India berada dalam kedudukan ketiga dalam pasukan ICC ODI dan berterusan ditewaskan oleh Bangladesh yang berada pada ranking ke-7.

Secara konteks, Sehwag merupakan salah satu selebriti yang telah mendalami dunia Web3 apabila bekas pemain kriket tersebut memeterai perjanjian bersama platform koleksi digital kriket, Rario pada Januari 2022.

Sementara itu, Sehwag termasuk individu lain dilaporkan turut meluahkan kebimbangannya berkaitan pasaran kripto kini yang mengalami kejatuhan teruk berikutan krisis syarikat exchanger kripto FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat