Ringgit Kembali Susut Ke Paras RM4.72, Laporan BNM 2023 Terus Diperhatikan

152

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari Rabu menjelang Laporan Tahunan 2023 Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan Federal Reserve (Fed) AS mengenai kadar faedah.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335 berbanding dolar AS daripada ia ditutup pada 3.7350 semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran tidak sabar untuk mendengar penilaian terkini dan ramalan untuk 2024 serta keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang berakhir pada Rabu.

Berkenaan Laporan Tahunan BNM, peserta pasaran masih tidak mendapat apa-apa petunjuk jelas terutamanya berkenaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ramalan kadar inflasi pada tahun ini.

Berdasarkan persimpangan semasa, unjuran untuk KDNK meningkat sebanyak empat hingga lima peratus dan kadar inflasi pula bergerak antara 2.1% hingga 3.6% pada ramalan 2024.

Katanya lagi, kita juga perlu melihat sebarang perubahan parameter yang berlaku dalam data ekonomi terkini dan polisi yang bergolak dalam pasaran global serta domestik.

Sementara itu, Mohd Afzanizam turut menekankan berkenaan mesyuarat FOMC yang bakal muncul serta unjuran pakar ekonomi berkenaan Kadar Dana Fed (FFR) yang diramalkan kekal pada 5.50%.

Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia. Ia menyusut berbanding yen Jepun, pound Britain dan euro.

Sementara itu, ringgit juga turut menyusut berbanding kumpulan mata wang Asean di mana ia lemah berbanding dolar Singapura, baht Thailand dan juga peso Filipina. Namun, ia naik sedikit berbanding rupiah Indonesia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat