GBP/USD Dalam Trend Bearish, Kembali Bertahan Di Atas $1.2700

207

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semakin bercelaru dengan pelabur menunggu beberapa acara tumpuan utama untuk minggu ini.

Pertamanya adalah mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti untuk pengumuman kadar faedahnya sebelum pasaran ingin mendapatkan petunjuk lebih jelas dari Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan langkah pemotongan kadar faedah.

US dolar dijangka terima impak besar dalam pasaran sehingga menuju dagangan ke penghujung minggu.

Kedua, mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada esok hari akan memacu arah dagangan Pound selepas ini.

Tapi sebelum itu, data inflasi UK terlebih dahulu akan diberikan tumpuan pada terbitan di sesi Eropah sebentar lagi.

Meneliti carta GBP/USD, harga pada mulanya dilihat ditekan jatuh di sesi Eropah semalam ke bawah paras 1.27000 hingga mencecah sekitar 1.26700.

Namun harga melantun semula di sesi New York di atas paras 1.27000 semula dan dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Halangan MA50 dilihat masih sukar ditembusi ketika dagangan telah bersambung pada sesi Asia hari ini (Rabu).

Jika corak bearish harga diteruskan, harga akan kembali bergerak di bawah paras 1.27000 dan mengatasi paras yang dicecah semalam.

Kejatuhan lebih rendah menjangkakan zon 1.26000 pula diuji sebagai salah satu kawasan zon ‘hotspot’ untuk harga.

Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, rintangan adalah pada zon 1.28000 untuk diuji sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju zon rintangan pada 1.29000.

Pelabur perlu berhati-hati menjangkakan bakal berlaku pergerakan volatile harga dengan data data mesyuarat yang bakal tiba.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat