Penganalisis Kripto Kongsi 6 Altcoin Boleh Naik 6X Pada 2024!

3,063

“Korang bolehlah kaji-kaji dulu, jangan main sauk je tau.”

Lark Davis, penganalisis mata wang kripto terkenal berpendapat kejatuhan Bitcoin (BTC) boleh menunjukkan potensi musim altcoin baharu, oleh itu beliau mengenal pasti enam altcoin yang bersedia melihat pertumbuhan 6X dalam beberapa bulan akan datang. Berikut adalah senarainya:

Jupiter (JUP)

Susulan JUP berdiri sebagai aggregator pertukaran terbesar pada blockchain Solana (SOL), Davis jangka aset digital itu bakal dapat momentum bullish disebabkan beberapa ciri yang akan datang termasuk launchpad dan pertukaran berterusan dalam DEX.

JUP turut mempunyai rancangan airdrop dan perkongsian yuran disahkan untuk pemegangnya yang boleh mendorong peningkatan minat dan penerimaan.

Beam (BEAM)

BEAM adalah hab gaming dan platform incubation yang berjaya mencetuskan peningkatan harga ketara melalui pembakaran token strategik serta perkongsian.

Davis melihat dedikasi platform itu untuk bina ekosistem yang kukuh di mana ia menekankan kepentingan pelancaran Forgotten Playland dalam mencanakkan utiliti token BEAM ditambah pula sektor gaming makin berkembang pesat dalam ruang kripto.

Polkadot (DOT)

Davis yang turut mengalihkan perhatiannya pada DOT telah menonjolkan potensi minat baharu dalam projeknya yang bakal melakukan naik taraf 2.0 yang akan datang dan kemungkinan pembakaran token.

Bukan itu sahaja, beliau menekankan kepentingan projek seperti Moonbeam dalam ekosistem DOT yang tawar prospek pertumbuhan bersama DOT, jadi di sini dapat dilihat pelabur dan pembangun baharu dalam platformnya akan makin meningkat apabila DOT terus berkembang serta bertambah baik.

Puff (PUFF)

Memecoin gamified dikaitkan bersama Mantle Ethereum telah menarik perhatian Davis susulan mekanisme airdrop mereka yang unik dan jalan ceritanya.

Beliau menganggap Puff sebagai pelaburan menjanjikan untuk projek dipacu oleh komuniti kerana menampilkan pelan hala tuju tiga bulan kemudian tawarkan ganjaran ETH kepada pemegang token.

Parcel (PAR)

PAR, bursa pasaran hartanah dibina di atas SOL telah membenarkan pelabur melibatkan diri dalam pasaran hartanah global secara langsung pada blockchain dan pengeluaran tokennya akan dijadualkan pada April 2024.

Mix Mob (MIX)

MIX adalah coin gaming beroperasi di SOL yang disokong oleh profesional berpengalaman dalam industri dan telah bekerjasama dengan Star Wars.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat