Risiko Matawang Kripto Memuncak, Bank Of England Gesa Penyelia Bertindak!

2,662

Bank of England (BOE) sudah tawar hati dengan matawang kripto walaupun sektor ini masih menjadi perhatian bagi kebanyakan negara.

Difahamkan timbalan gabenor, Jon Cunliffe bimbangkan ketidakstabilan pasaran matawang kripto turut akan mempengaruhi pasaran kewangan tradisional dengan dakwaan risiko ini semakin merebak tanpa disedari.

Ekoran daripada itu, individu ini menggesa pihak penyelia untuk bertindak dan memikirkan kebarangkalian yang mungkin akan berlaku dan cara terbaik untuk mengekang isu tersebut.

Setakat ini Financial Conduct Authority (FCA) di negara itu masih belum melaksanakan perlindungan pengguna yang sempurna.

Ini termasuklah larangan terhadap iklan kripto seperti banner Floki Inu (FLOKI) baru-baru ini yang telah muncul di beberapa jenis pengangkutan awam seluruh London pada bulan lepas.

Berbanding matawang kripto, BOE lebih selesa untuk menyaksikan pertumbuhan matawang digital bank pusat (CBDC) – “Britcoin”.

Walaupun belum dilancarkan, setidak-tidaknya sehingga 2025, pihak mereka bergiat usaha untuk menjadikan ia satu realiti dengan pandangan dan kajian teknikal terhadap projek itu pada 2022.

Jelas Cunliffe, CBDC jauh lebih baik berbanding matawang kripto kerana ia sepenuhnya dipantau dan bersandarkan kepada sterling bagi mengelakkan ketidakstabilan harganya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat