Rundingan Perdagangan Bermula – AS Dan China Sasarkan Mencapai Perjanjian Kecil!

291

Amerika Syarikat dan China akan memulakan perbincangan rundingan perdagangan pusingan baru bermula hari ini di Washington dan beberapa perjanjian kecil telah diutarakan. Berikut adalah perkembangan terkini rundingan yang sedang berjalan tersebut:

Pentadbiran China dilaporkan telah menawarkan janji akan membeli sebanyak 30 juta tan kacang soya sepanjang 1 tahun yang bermula pada 1 Oktober ini. Jumlah kuantiti ini adalah jumlah yang sama yang dibeli sebelum perang dagang bermula. Dalam masa yang sama, pentadbiran China juga mungkin akan membeli 300,000-400,000 tan khinzir dan 3-4 juta tan gandum Amerika.

Sebagai balasan, China mengharapkan Amerika akan menghapuskan sekatan ke atas syarikat Huawei. Dalam masa yang sama, pentadbiran Trump tidak lama lagi akan mengeluarkan lesen beberapa syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk menjual barang-barang tertentu kepada syarikat gergasi telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd sementara wakil perdagangan dua negara itu akan bertemu hari ini untuk rundingan perdagangan.

Syarikat-syarikat AS boleh mendapatkan lesen untuk produk tertentu yang dikecualikan daripada larangan itu. Setakat ini Jabatan Perdagangan AS telah menerima lebih daripada 130 permohonan dari syarikat untuk mendapatkan lesen untuk menjual barangan kepada Huawei.

Pada awal minggu ini, China telah mencetuskan ketegangan apabila syarikat penyiaran negara China, CCTV mengatakan bahawa ia akan berhenti menayangkan siaran permainan Bola Keranjang Kebangsaan selepas Pesuruhjaya NBA, Adam Silver telah menyatakan sokongan kepada pengurus besar Houston Rockets Daryl Morey yang memuat naik tweet yang menyokong tunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.

Dalam hari yang sama iaitu pada hari Selasa, Jabatan Perdagangan AS pula telah menambah 28 syarikat China dalam senarai syarikat yang disenaraihitamkan.

Walaupun isu perdagangan Amerika Syarikat bertambah baik, pasaran masih mengambil sikap berhati-hati. Pasaran terus memerhati perkembangan rundingan perdagangan antara AS dan China yang kekal sebagai pemacu pasaran utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat