Saham Mining BTC Ini Melonjak Hampir 400%!

588

“Wow seriouslah, saham mining BTC dapat tewaskan NASDAQ dan Dow Jones?”

Memang tidak disangkal harga Bitcoin (BTC) baru-baru ini menyaksikan penurunan ketara, tetapi pelbagai saham mining aset digital tersebut seperti Cipher Mining (CIFR) telah menggunung 389% pada tahun ini.

Suka dimaklumkan saham kripto pada tahun 2023 telah mendaki sedikit berbanding pasaran saham, bagaimanapun perlu diketahui S&P 500 masih meningkat 14% manakala NASDAQ dan Dow Jones masing-masing raih 28% serta 4%.

Pun begitu, ketiga-tiga saham tersebut tidak melonjak setinggi dua saham mining BTC iaitu Riot Platforms inc (RIOT) dan Marathon Digital Holdings Inc (MARA) yang didagangkan jauh melebihi 200% sejak Januari 2023.

RIOT yang mining 1,775 BTC pada suku kedua dilaporkan mencatatkan keuntungan 228% manakala MARA pula 228% tetapi masih tidak dapat menewaskan CIFR yang meningkat lebih drastik berbanding dua saham mining BTC itu.

Jadi di sini dapat dilihat positions long dalam saham mining BTC adalah sama seperti memiliki BTC namun dengan leverage lebih tinggi, oleh itu pelabur institusi dapat pendedahan pada saham mining BTC walaupun tidak membelinya secara langsung.

Sungguhpun pulangan besar pelaburan mereka pada tahun ini telah menyebabkan peniaga saham tertarik kepada miners BTC, terdapat beberapa risiko seperti penurunan harga BTC yang mampu memberi kesan terhadap saham mining.

Umum mengetahui pulangan luar biasa saham mining berupaya menjadi penunjuk utama untuk harga BTC melonjak tinggi apabila pelabur institusi mula menggunakan mata wang hash SHA-26 dengan bersungguh-sungguh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat