Harga Bawang India Naik, Malaysia Akan Terkesan!

730

Rakyat Malaysia mungkin perlu bersiap sedia untuk menghadapi inflasi makanan susulan langkah terbaru India yang mengenakan cukai ke atas eksport bawangnya.

Dalam langkah terbaru untuk memastikan kecukupan bekalan dalam negara, India mengumumkan duti eksport sebanyak 40% dikenakan serta merta ke atas bawang sehingga 31 Disember.

Tindakan pengeksport bawang terbesar di dunia itu dijangka akan memberi impak kepada Emiriah Arab Bersatu, Bangladesh, Nepal, Malaysia dan Sri Lanka.

Kementerian Kewangan India menjelaskan bahawa langkah tersebut adalah bagi membendung inflasi runcit yang disebabkan oleh kenaikan harga sayur-sayuran dan barangan makanan lain.

Ini kerana, India kini sedang berdepan musim yang paling kering pada bulan Ogos dengan kekurangan hujan yang berkemungkinan berterusan berikutan fenomena El-Nino.

Pengeksport yang berpangkalan di Mumbai, Ajit Shah berkata bahawa duti eksport akan menjadikan bawang dari negara itu lebih mahal daripada pengeksport utama lain seperti Pakistan, China dan Mesir.

Purata harga bawang borong di pasaran utama telah melonjak hampir 20% dari Julai hingga Ogos, kepada 2,400 rupee (RM134.40) setiap 100 kg berikutan kebimbangan mengenai hujan yang tidak menentu akan menjejaskan hasil.

Langkah terbaru itu menyusuli larangan New Delhi ke atas eksport beras putih bukan basmati bagi mengurangkan tekanan harga domestik yang meningkat tinggi.

Inflasi runcit tahunan India pada Julai meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan apabila harga sayur-sayuran dan bijirin melambung tinggi, memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan menurunkan harga.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat